~ RAKAN~

Khamis, 14 Oktober 2010

Sinar Harapan untuk budget 2011

salam semua...serius aku rindu dengan blog aku nie....
Dier rindu aku tak???mestilah die rindu dengan aku jugak kan..kn..kn...
 occay  tak nak cerita banyak2..malas nak tulis cuma nak berangan kat sini jap..huh u..bestnyer berangan!

15/10/2010(3.30pm) sat g our prime minister nak umumkan budget 2011...i like!!!

harap banyak bagi kelebihan kepada kakitangan awam, ekonomi malaysia dan semua lah rakyat malaysia....

aku dengar cerita dari kawan2 dari kementerian kewangan...dia orang kata tau...bukan aku nie....katanya ader kenaikan 10% buat kakitangan awam..kalau betul aper dikata .....alhamdulillah!!syukran..gembiran...gaziran!!!

Psstttttttttt.......

Selasa, 28 September 2010

446K itu milik aku....


446Ribu itu milik aku..OMG..bahagiakan...exctualy cam gini..aku ader masuk contest then hadiahnyer adalah sebuah rumah or duit bernilai 446ribu..alangkah bahagia jika duit tu aku yg punyer bukan ahmad lembab yang punyer...dalam kepale kotak fikiran aku nie macam2 dah aku fikirkan...saving kat ASB.And the best part aku pk aku nk kahwin...Hahahaha...Mak dah xyah bising-bising suruh aku kawin!! Aku nk bayar hutang2 yang ader di keliling payslip aku @ keliling otak nie..bukan pinggang lagi dah nie...hahahah $$$$$..and utk mak abah ader...yg selebihnya aku Nak beli rumah...bestkan dapat semuanya...rumah dapat!hutang abis!kawin pun copattttttttt.....sengal betul....kepada syarikat peraduan2 yg aku dah masuk....sila berikan hadiah yg bernilai 446++ itu kepada saya... ;)
duit+Emas...
rUmah Macam Nie ker Yang aku Akan Beli

Hehehhe....sesaje mengisi n melayan perasaan...tetiba jerk waktu drive g kerja td aku terberangan lak pasal benda nie...macam rezeki aku jerk..AMIN  Ya Allah...........

Isnin, 27 September 2010

(Hantaran Mahal-Mahal tapi Dara TakDEr)


Drappp...wah meletup2 jari aku ini...pemanasan jari kak piah oiii, sebab nak mula menaip nie..taniah aku nak bagi dekat *_*Mencari kesetiaan*_*. Coz entry yang panas lagi the vazzz tu telah memberi semangat yang berkobar-kobar  nak menaip untuk entry yg terbaru serang balas ke aper nie???....boleh ke die letak tajuk entry die (Hantaran Mahal-Mahal tapi Dara TakDEr)..objection correction yang Arif....

 hahaha asal pulak muka norman ngan memei nie..

Choiiii....Kenapa mesti keluar statment macam tu????perlu ker???Ikhlas ker???...hehehe...parent pompuan tu bukannyer tau anak die ada dara ke tak kan..kalau dier tau lama dah pompuan tu kena ganyang..upss..statment tak sayang mulut.

ok..ok...macam nie lah, macam pakar jerk aku ni..tapi aku rase,kalau  nak kawin mesti melibatkan 2 pihak kn,so...apa kata bincang sesame,selesaikan masalah sebelum berkahwin..ini semua untuk mengelakkan perbalahan dan muncul isu kau tipu aku haaa....(Bujang Lapok betul!)
melalut kelaut plak meyimpang dari tajuk nie...so uall semua fikirlah sendiri patut ker statment cam gitu muncul....xbaik,kecik hati wanita-wanita yang lain..

hishhh..kalau si bakal suami tu kuar statment macam tu...nampak sangat kau tu tak ikhlas nak kawin dgn si isteri tu...tak baik macam tu.,,awal2 dah tanam perasaan tak elok macam gitu.....macam mane nk kekal bahagia...

 RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL

Rabu, 22 September 2010

Indahnya Rayeee..

Huhu..dengan rase sesenang hatinyer nak delate picture raya nie..tapi sayang lah pulak..so biarkan dier disitu..seronok raya nie boleh jumpa kawan2 jerit2 x tentu pasal and sure dah xder nak cover2 ayu..rindu sangat ngan member sebab bukan selalu boleh gath sesamer cam nie...tp yg pasti biler dah jumper camera masing2 nak belajak ala2 Diva tapi  takder lah Diva maner pun diaorang nie.....hehehe ;D


 

Rabu, 25 Ogos 2010

发布的视频: 动物嘴中交换大赛,你敢参加吗?.(Game Show Japan)

eHehehe...Lawak + Kejam betul game nie..gelak guling2 aku tengok..

u all semua jom tengok sekali jum...


Korek Hidung???



Hehehe..Nak kongi lawak yang agak2 buduh nie ngan u all semua..aper??? Tak lawak pun..x lawak sudah..x pakse korang gelak pun ok!hehehe marah plak aku..ok lah citer die pasal adik aku yang nama aziz @ adik..
Kisah bulan puase lah nie..biaselah ayat2 bodoh kan ...kalau korek hidung batal pose tak..aku pun jawap batal lh adik, kire kita masuk kan sesuatu dalam rongga badan lah tu.. Past tu adik aku pun tanyer lagi..”Ngah kalau engkau korek hidung adik,siapa yang batal puasa puasa angah ke adik???”
Tekanan betul dapat soalan macam nie??
Aku blah malas nak layan..dah jauh sikit baru aku gelak guling-guling..benggong bin bedol punya soalan..Aku yang nak korek kan hidung dier!!!!GELI AKU BEB!!!!!!!!!!!!!!

Selasa, 24 Ogos 2010

Lawak Part II..What is your Name?

hai..blogger semua..just nak kongi satu crita lawak guling-guling dalam entry ini..cerita nie 4 tahun lepas, waktu tu adik aku baru masuk darjah satu..huhu waktu 2nd day die sekolah..nama manja adik aku nie bidin tau..hehehe..aku pun tanya tadi bidin belajar aper..die dengan suara kuat pun cakap bidin belajar BI...ohhhhhh...saje jerk nak tanya die..so aku pun tanye ..

Question :Bidin what is your name?
Answer    : My name is Monday..


lawak kan..sebenarnya dia confius tu..what day is today dengan What is your name....hehhehehe...lawak lah adik aku sorang nie.. hai bidin oh bidin... sebenarnya nama die Muhammah Hafizuddin bin Zainal Abidin..tapi waktu umur die 2 tahun lebih bila orang tanya nama die siapa..die dengan yakin jawab bidin..padahal tu nama abah..Tapi nak buat macam mana sampai sekarang semua orang panggil die bidin..hehhehe nasib baik bukan Monday ek..


Isnin, 23 Ogos 2010

Macam Maner Nak Tambah Traffic Dengan Cepat, Pantas & Tuntas

Nak tambah trafik dengan cepat??

Assalamualaikum dan salam semua....


Actually, sebenarnya aku bukannya pakar sangat mengenai trafik ni. Yang ni aku perolehi daripada orang lain jugak ala... macam tag tu hehe.. Terus pada matlamat sebenar post ni.. post ni sebenarnya aku dapat ni dari dalila. Memang bagus idea macam ni hehe... (ayat copy paste...hehe)

Mari baca cara-caranya:

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini.
Kemudian beri tajuk yg menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini
untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.


15. Nurain


PERATURAN
1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.
Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1,
yang No.3 jadi No.2,
yang No.4 jadi No.3
dan seterusnya.
Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625


Jom kita sama-sama mencuba ye...
Selamat mencuba!!!

Khamis, 19 Ogos 2010

Pokok yahudi @ pokok Gharqad @ pokok Boxthorn


ASSALAMMUALAIKUM.....salam sejahtera

blogger semua..semoga amalan kita bertambah-tambahan tahun ini.ok dengan rasa suka citanya ain nak kongsi dengan u all semua mengenai pokok Gharaqad @ Pokok Yahudi...nak citer nie nape ain duk beria-ria cari pasal pokok nie..semalam sebelum bukak puasa mak ader baca buku2 mengenai tanda akhir zaman(hadith dibawah lah yang mak baca)..Mak sebut nama pokok nie..tapi ain tak tau...Pastu adik pun terangkan sikit lah and sempat perli lagi tu..ada komp bukak facebock..bukak blogg..chat lah...cuba cari benda yang tambah ilmu..hehehhe...geramnyer aku kena tegur macam tu..sentap beb..pagi nie dah jumpa pun....sama2 lah kita baca and tambah pengetahuan kita..jangan jd cam saya..wah panjang pulak mukadimahnye nie..


hadith sahih riwayat Al-Bukharidan Muslim:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi disebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad',
kerana ia adalah pokok Yahudi".

Hadith ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman dimana waktu itu dunia hampir kiamat. Pada waktu itu tentera yahudi dipimpin oleh Dajjal untuk berperang dengan orang islam. Dalam peperangan itu orang islam akan dapat mengalahkan orang yahudi sehinggalah mereka berselindung disebalik pokok Gharqad.


halaman JewishNational Fund.(http://www.jnf.org/ )
 Maklumat yang ada di halamanitu, yahudi ini ada satu dana kebangsaan yahudi yang khas untuk penanaman pokok!!!bayangkan, satu dana kebangsaan khas untuk tujuan tersebut disamping TUJUAN UTAMAnya adalah mencari tanah untuk puak2 yahudi ini tinggal.

dengan masa yang agak singkat, gementar puak2 yahudi tentang kebenaran hadith ini, maka dengan rancaknya mereka sekian lama mencari tapak untuk menanam pokok-pokok gharqa d ini, dan kini telah ditanam secara meluas di tanah palestin. betapa gilanya orang yahudi ini, yang menentang orang islam, tetapi dalam masa yang sama mempercayai kesahihan hadith ini. 

ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek2 lain. wallahualam la pokok apa yg ditanam sebanyak 220 juta itu. tetapi jika benar, pokok gharqab ini yang ditanam mereka, maka sahlah yahudi ini sememangnya mengakui kebenaran Islam tetap tetap menentang Islam."
 
 Berikut adalah gambar pokok 'Gharqad',

Bahaya Mengomel



Elakkan selalu megomel-ngomel, mengomplen, mengkritik, merungut-rungut.

Elakkan dari selalu memaparkan ketidakpuashatian kita pada sesuatu. Geram cemanapun, berusahalah menyabarkan diri.

Rasa tidak puas hati ibarat seketul bara api yang kecil. Bila bara api yang kecil di tiup dengan angin kemarahan, bara yang kecil itu akan mengeluarkan api yang marak membakar. Semakin ditiup, apinya akan jadi semakin besar.

Fikiran yang tertumpu pada rasa tidak puas hati akan menjadi seperti ‘angin’ yang meniup api, menjadikan kita susah menyabarkan diri kemarahan berterusan terbit dari dasar hati.

Dalam apa jua keadaan, berusahalah menyabarkan diri. Berlindunglah dengan Allah dari bisikan-bisikan yang menjadi peniup api kemarahan di dalam diri kita.





Asyik2 kes Khalwat jerk..Ape nak Jadi Nie??






lawak gambar nie..Bukan gambar sebenar..hheheh
KES 1
GEORGETOWN: Cubaan seorang lelaki bersembunyi dalam sebuah beg pakaian bagi mengelakkan dicekup kerana berkhalwat gagal apabila rambutnya terjulur keluar dilihat penguat kuasa agama yang memeriksa sebuah rumah di Lengkok Minden 2, Gelugor di sini, petang kelmarin.
Lelaki itu bersama teman wanitanya yang kedua-duanya berusia 19 tahun ditahan kira-kira jam 2 petang.
“Selepas mengetuk pintu di satu bilik, seorang wanita berbaju-T serta berseluar pendek ketat membuka pintu dan kami memperkenalkan diri untuk membuat pemeriksaan. “Pada mulanya pemeriksaan mendapati tiada orang lain dalam bilik wanita itu, namun kami terlihat beg baju di penjuru bilik dan keadaannya mencurigakan,” katanya.
Menurut Khairul Azman, selepas beg itu diperiksa pihaknya terkejut apabila melihat rambut manusia terkeluar dari bahagian zip dan selepas zip beg itu dibuka, didapati seorang lelaki bersembunyi.
“Agak menghairankan apabila beg sekecil itu mampu memuatkan tubuh manusia,” katanya.
Beliau berkata, selepas disoal siasat lelaki itu memberitahu kediaman berkenaan rumah sewa teman wanitanya dan mengakui datang ke rumah itu sejak jam 9 pagi.
“Kami turut menemui kesan gigitan cinta pada leher lelaki itu diakui dilakukan teman wanitanya dan mendakwa masih berpuasa manakala pasangannya memberi alasan uzur serta tidak berpuasa. Mereka jelas tidak menghormati Ramadan dengan melakukan perbuatan terkutuk,” katanya.

KES 2
MELAKA: Ketika umat Islam lain menunaikan ibadat puasa, seorang wanita bagaikan tidak mempedulikan kesucian Ramadan apabila dicekup suaminya sendiri kerana disyaki berkhalwat dengan lelaki lebih muda, semalam.
Wanita berusia 33 tahun itu dicekup suaminya di rumah mereka di pinggir bandar ini ketika bersama kekasih gelapnya yang juga seorang duda berusia 21 tahun.
Rahsia pasangan itu terbongkar apabila lelaki berusia lewat 30-an itu pulang ke rumahnya kira-kira jam 7 pagi dan sebaik masuk, dia terdengar isterinya sedang berbual dengan seorang lelaki.

Curiga dengan kehadiran orang asing yang berkurung bersama isterinya, lelaki terbabit menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bagi membuat pemeriksaan kira-kira jam 8 pagi.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani berkata, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasanya ke lokasi berkenaan dan apabila tiba, lelaki terbabit sudah menunggu di luar rumah.Katanya, pihaknya terus masuk ke dalam rumah berkenaan dan pintu bilik itu dibuka lelaki terbabit.
“Pemeriksaan menemui seorang wanita dan lelaki sedang tidur bersama di atas satu katil dan wanita terbabit turut terkejut apabila melihat suaminya turut ada bersama.
“Ketika ditahan, wanita berkenaan hanya memakai baju-T singkat serta berseluar pendek, manakala lelaki terbabit hanya berseluar.
“Selepas disoal siasat dan mereka mengakui tidak mempunyai sebarang hubungan mahram


 "Mula2 Khalwat past tu buang Anak...Ini Semua Antara Tanda2 Akhir Zaman.. "










Rabu, 18 Ogos 2010

hari Yang sengal tambah cuai..

hai..ape kena ngan aku rini tah..
konon2 awal datang kerja tapi rupa-rupanya....
hehhe..gelak jap..
aku gosok baju sebelah tanggan jerk..lagi sebelah aku lupe ker tak perasan..hehhe..tgh2 drive baru perasan tu pun sebab tangan kena pegang streng..sampai tol cari purse tak ade..rupa2nya tinggal..ya'ampun..seb baik ade duit2 syling dalam kater tu..

Ape kena ngan aku nie???

Pencuri...6 jam tersepit di tingkap


Tulah ko bulan2 baik nie ko nak mencuri lak yer..ha!padan muka kamu..perlu ke kesian dekat orang macam nie??


Gambar dari bahagian dalam rumah orang yang dier nak curi..


hhehee..Gambar dari luar rumah..bertunggkus lumus bomba nie tolong keluarkan..



LONDON: Seorang penganggur tersepit dan terperangkap di tingkap selama hampir enam jam apabila cubaannya mencuri bertukar menjadi insiden memalukan
HAJAT TAK SAMPAI... suspek kesakitan apabila tersepit di celah tingkap.
Lelaki terbabit dipercayai mahu meloloskan dirinya melalui tingkap tidak berkunci di sebuah rumah di kawasan Tomlins Grove, di Bow, kira-kira jam 2 pagi.
Bagaimanapun ruang seluas 20 sentimeter kali 20 sentimeter itu tidak cukup untuk membolehkannya masuk.Keadaan itu menyebabkan lelaki terbabit tersangkut di pinggangnya dan dia terpaksa menahan kesakitan hampir enam jam sebelum dilihat pemilik rumah berkenaan yang turun untuk bersarapan.Polis, ambulans dan bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan penganggur terbabit kira-kira jam 7.30 pagi.Dia kemudian ditarik keluar dari lubang sempit itu oleh 10 anggota bomba yang datang bersama dua jentera.Mereka turut menggunakan tangga bagi menyokong kaki pencuri terbabit yang tergantung di tingkap sementara bingkai besi di situ dipotong dengan gergaji.

Keadaan aneh tetapi melucukan itu turut menarik perhatian seluruh kejiranan Tomlins Grove.

Seorang penduduk berkata, selepas mendapat tahu keadaan sebenar, dia ketawa terbahak-bahak melihat keadaan pencuri terbabit.“Tentu lelaki itu kini sedar betapa bodohnya dia.“Ramai daripada jiran mahu dia dibiarkan saja di situ,” katanya.
Menurut lelaki itu, ada seorang doktor bedah yang menawarkan kepakarannya ‘mengeluarkan pencuri terbabit tanpa merosakkan tingkap rumah’ berkenaan.“Bagaimanapun, polis dan bomba menolak secara baik dan mahu kes itu dikendalikan pihak berkuasa tanpa mencederakan sesiapa,” katanya.Selepas 30 minit barulah pencuri terbabit berjaya dikeluarkan dari tingkap berkenaan, tetapi dalam keadaan tidak berbaju.

Asal dier nie kawin cerai jerk kejanye..


HULU KLANG: “Roslin pergi ke hotel itu untuk bersama Raja Azmi (Raja Sulaiman), malah bilik hotel itu juga didaftar atas nama wanita itu,” kata Norhayati Othman, 38, isteri jaguh badminton negara, Roslin Hashim ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam.
Dia yang juga Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkata demikian ketika menjawab soalan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohamad berhubung punca kejadian lafaz berbunyi ‘I cerai youlah’ yang didakwa dilakukan Roslin dalam bilik 533, Hotel Corus, Jalan Ampang di sini, pada 7 Ogos lalu.

Dalam keterangannya, Norhayati mendakwa Roslin, 35, melafazkan cerai dalam keadaan sedar, siuman, tenang dan mengambil kira-kira lima hingga tujuh saat untuk menjawab soalan selepas ditanya apa keputusannya ketika itu selepas berlaku perdebatan antara mereka berdua dan bekas pemain kebangsaan Jailani Sidek serta isterinya, penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman.

“Kami (Norhayati bersama dua adik dan ibunya) pergi ke tingkat lima dan menunggu Jailani untuk bersama-sama ke tingkat tiga. Namun, Jailani seolah-olah melengahkan kami untuk ke bilik itu kerana dia sudah menelefon Roslin dan mengarahkan dia keluar dari bilik berkenaan.

“Dia mungkin bimbang Raja Azmi serta Roslin ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akibat berdua-duaan. Roslin dikatakan sudah keluar dari bilik itu. Saya minta Jailani hubungi Roslin dan meminta dia tunggu saja dalam bilik itu. Mereka mengaku berada bersama dalam bilik itu dan pada jam 8.32 malam, berlaku lafaz cerai,” katanya.

Norhayati yang diwakili peguam syarie Zulkarnain Lukman memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai pada Isnin lalu dan diterima pada sebelah petang oleh Roslin yang diwakili peguam syarie Roslizam Rahim.
Terdahulu dalam prosiding yang bermula pada sebelah petang, Roslin memaklumkan mahkamah dia tidak mempunyai bantahan terhadap penyata tuntutan yang dikemukakan isterinya.

Pasangan itu bernikah pada 9 Julai lalu di Hotel Flamingo, Ampang.

Dah 2kali jadi macam nie tak kan lah si pompuan jugak yg salah..1 malaysia pun boleh fikir agaknya Si Raja Azmi ngan Roslin nie something wrong somewhere kn...hheheh..bak kata Nabil Lu Pikir lah Sendiri Assalamuaikum!