:::PenyumBanG Dana UtaMa :::

Rabu, 30 Januari 2013

Kisah teladan kewarakan Ibnu Sirin

Kota Basrah telah melahirkan ramai ulama zaman tabiin. Antara ulama paling terkenal ialah Muhammad bin Sirin. Beliau alim dalam bidang hukum,warak dan tekun beribadah. 

Seseorang yang mengenali beliau, berkata : “Sesiapa yang berminat melihat orang yang warak, maka lihatlah Muhammad bin Sirin.” 

Aku tidak akan membantumu Berkhianat…..” 

Ibnu Sirin pernah dipenjarakan kerana tidak mampu membayar hutang. Beliau telah membeli puluhan tong minyak zaitun berharga 40,000 dirham daripada pembekal. Minyak itu digunakan untuk menjual kembali. Tiba-tiba beliau melihat bangkai tikus di dalam sebuah tong. Beliau beranggapan tikus tersebut telah mati semasa dalam proses pembuatan minyak zaitun tersebut, dan sudah tentu semua tong yang mengandungi minyak zaitun terkena najis bangkai tersebut. Sifat warak yang dimiliki oleh Ibnu Sirin, beliau membuang semua minyak tersebut. 

Beliau tidak mahu menipu pembeli dengan menjual minyak yang terkena najis. Akibatnya beliau tidak dapat membayar kembali harga minyak kepada pembekal. Lalu beliau dimasukkan ke dalam penjara untuk beberapa tempoh masa. 

Pengawal penjara yang mengenali Ibnu Sirin bersimpati terhadapnya dan berkata :’Engkau pulanglah ke rumahmu pada waktu malam dan datang semula pada waktu pagi.”.Namun, apa respons Ibnu Sirin? Beliau menolak tawaran baik tersebut dan berkata :"Tidak, demi Allah. Aku tidak akan membantumu mengkianati Sultan.”

Isnin, 21 Januari 2013

Perkongsian petua Bersalin..JANGAN ANGKAT PUNGGUNG!!!

Assalamualaikum..Alhamdulillah kandungan sudah masuk minggu Ke-34..Semalam 20.01.2013 selamat menjayakan majlis doa selamat dan Tahlil..terima kasih banyak2 dekat mak abah,ibu adik beradik dan suami tercinta....semoga majlis diberkati Allah S.W.T...Amin....

ok..nak cerita sedikit perkongsian hasil perbualan dengan bonda tercinta..

Tengah bersiap-siap nak g PPUKM @ HUKM sempat sembang dengan mak tentang cara-cara bersalin @ meneran...orang selalu pesan JANGAN ANGKAT PUNGGUNG....NANTI KOYAK BESAR...persoalannya disini orang tak bagi tahu pun cara-cara supaya punggung tidak terangkat sewaktu proses meneran@ bersalin..

 

*Tips nie pun mak saya dapat sewaktu checkup ibu mengandung anak yang ke-8..8 ok..Maksudnya anak yg ke-8 baru mak tak jahit..Alhamdulillah ada hamba Allah nie yang muda lagi dari mak yang sudi berkongsi..Terima Kasih!!

1. Mak bagitahu yang penting adalah kedudukan kita dibilik bersalin...Kepala harus ditinggikan seolah2 kita sedang duduk tetapi masih dalam posisi baring seolah2 macam nak lihat bayi yang akan keluar...
*Alasannya :- Apabila kita didalam posisi tersebut beban berat badan akan terbeben dipunggung dan potensi utk mengangkat punggung mungkin tiada sebab beban disitu..

*Apabila dalam posisi tersebut badan kita juga membantu menolak bayi untuk keluar..


2.Jangan menjerit sewaktu meneran..Semua itu akan menghilangkan tenaga..sebaik-baiknya diam meneran sambil menutup mulut..seperti kita membuang air besar...kita tak menjerit pun kan...


*bagi orang muslim minta maaf kepada ibubapa & suami sebelum masuk bilik bersalin dan banyak-banyak lah berdoa supaya semua urusan dipermudahkan dan berjalan lancar..Amin...

semoga perkongsian ini bermanfaat...


Isnin, 7 Januari 2013

Mama To Be....

Assalammualaikum Salam sejahtera semua...

lama dah tak updated blog nie..lama sesangat...

Alhamdulillah rezeki Allah s.w.t lepas kahwin terus mengandung...kandungan pun dah masuk 8 bulan..jantina baby pun dah tau...tapi apa yang penting baby dengan mama sihat dan selamat..kalau ikut due yang doctor bagi tarikh 3.3.2013 (chantik tarikh tu kn)...

persiapan pulak alhamdulillah semuanya berjalan lancar..tinggal nk beli breast pump jelah..sebab niat nak menyusukan baby sepenuhnya...aminnnn...senarai persiapan untuk barang2 baby  semua cari dekat blog je...alhamdulillah banyak yang membantu..

perubahan atau alahan sewaktu mengandung tu biasalah..dah nama pun mengandung..setiap orang mengalami alahan yang berbeza2..orang kata ikut pembawakan..yg penting ibu kena jaga kesihatan dan kandungan betul2..buat sang suami kesabaran dan bantuan moral yang tinggi amat diperlukan..(Jangan pernah merasakan isteri anda mengada-gada OK!!)

*bentuk badan pulak malas nak cerita..tp insya'Allah..semuanya akan kembali seperti biasa selepas ini..itu lah namanya pengorbanan wanita mengandung..yang kembang akan menguncup semula,,..hahahaha...


 
Bestnya kalau mengandung cantik cam gini..aku mengandung selebet jerk..sbb tu tak letak gambar sendiri ok..

untuk ibu mengandung pula banyak2kan makan buah,sayur, dan minum air banyak2..susu penting..tp kalau dah tak boleh minum susu nak buat macam maner..nasib baik susu HL tu boleh jugak aku telan.. :)

Rabu, 27 Jun 2012

Doa dan Amalan Semasa Mengandung

Assalamualaikum.

Semoga anda berada di dalam keadaan sihat.
Hari ini saya tercari-cari di Google, doa dan amalan ketika mengandung. Saya rasa sebagai umat Islam kita perlu mengamalkan pembacaan al-Quran. Kerana saya pernah terbaca, ada pengusaha lembu yang memainkan bacaan al-Quran di kandang peliharaan lembu supaya lembu-lembu tersebut dapat menghasilkan daging yang enak dan lembut.
Jika lembu sendiri sukakan bacaan al-Quran, inikan pula kita sebagai manusia. :)
Teknik ini memang sudah diamalkan dikalangan bangsa Jepun dan Yahudi, contohnya mereka memainkan muzik klasik daripada Mozart, dan Beethoven bagi merangsang bayi di dalam kandungan dikalangan wanita mereka.
Tetapi kita sebagai umat Islam, tak perlulah terlalu taksub memainkan muzik Mozart, atau Beethoven. Lebih baik kita amalkan membaca al-Quran, selain daripada memperolehi anak yang sihat dan bijak dapat pahala pula tu.

Info ini saya perolehi daripada blog lain, di bawah ini saya kongsikan surah-surah yang boleh diamalkan ketika mengandung:
Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
  • Surah Al-Araaf ayat 189
Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.
  • Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.
Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
  • Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
  • Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
  • Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.
Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;
Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;
Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
  • Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Semoga bermanfaat, salam…

info copy paste dari blog http://adamhawa.net/2011/10/28/doa-dan-amalan-ketika-mengandung.html#comment-2070


sama-sama kita amalkan...

Selasa, 1 Mei 2012