~ RAKAN~

Rabu, 17 Disember 2014

ANAEMIA KETIKA HAMIL

Anaemia merupakan keadaan dima berlakunya kekurangan hemoglobin didalam sel darah merah.
Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan keseluruh badan. oleh itu apabila ibu hamil mengalami anaemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia ( kurang kandungan oksigen)kurang tenaga.

BAGAIMAN ANAEMIA DIKESAN

Anaemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang dari 11gm/dl

KESAN-KESAN ANAEMIA KEPADA IBU DAN BAYI.

IBU :-

  • Keguguran.
  • Tumpah Darah semasa dan Selepas bersalin
  • Kematian
BAYI :-
  • Tumbesaran dan perkembangan bayi terbantut.
  • Kelahiran bayi kurang berat badan.
  • kelahiran tidak cukup bulan.
  • bayi meninggal dalam kandungan.

CARA UNTUK MENGATASI MASALAH ANAEMIA SEMASA HAMIL.
 

1. Tambah darah dengan pil Hematinik. 
      - Pil Hematinik terdiri drpd 4 jenis pil iaitu :
  • Pil Zat Besi (Ferrous fumarate)
  • Pil asid folic
  • Pil Vitamin C
  • Pil Vitamin B Kompleks (B Co)

kenapa Pil Hematinik sangat penting??
- Kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folic diperlukan untuk pembentukkan sel darah merah.
-Pil Vitamin C diperlukan untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

Fakta Penting.
  • Pil hematinik membantu anda pulih dengan cepat dan janin membesar dengan sihat. ia tidak menyebabkan saiz bayi besar. saiz bayi normal adalah diantara 2.5 - 4.0kg
  • makan pil hematinik bersama jus buah atau air kosong untuk penyerapan yang optimum.
  • elakkan makan pil hematinik bersama kopi,teh,minuman bergas,bercokltat dan susu. minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.

Kesan sampingan pil hematinik.
~ sesetengah ibu hamil mengalami kesan seperti sembelit, rasa loya dan pening. walaubagaimanapun kesan sampingan ini sementara sahaja.


2. Tambah Darah Dengan Makanan Kaya Zat Besi.
  • Sumber makanan terbaik adalah terdiri dari sumber haiwan seperti daging, ayam,kerang,ikan, sotong dan ikan bilis.
  • Sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung,bayam dan kailan.
  • untuk mengatasi masalah anaemia anda perlu makan sekurang-kurangnya 1 jenis makanan dari sumber  haiwan yang kaya dengan zat besi.
  • pengambilan makanan sunnah seperti Delima dan kurma amat-amat disarankan.

Fakta Penting jika anda seorang Vegetarian, anda perlu mengambil makanan dari kombinasi beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau, kacang soya, kacang Dhal bersama makanan dan minuman tinggi Vitamin C. Disamping meningkatkan lagi pengambilan sayur-sayuran hijau, anda perlu mengambil pil Hematinik mengikut arahan.


Apa-apa pun banyak cara sebenarnya untuk kita mengatasi masalah kekurangan darah merah itu sendiri. bagi saya yang memang dah mengambil supplement shaklee dari lepas kehamilan anak pertama dan continue hingga kehari ini, saya hanya mengambil 3 jenis vitamin ini iaitu Bcomplex yg memang dah siap sedia dengan vitamin Bcomplex, Vitalea iron Fomula @ zat besi yang memang kandungannya lengkap dengan 23 Jenis vitamin dari A- Z. Vitamin C yang jenis sustained release maksudnya (vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan bila melalui bahagian yang memerlukan)



pengalam saya untuk kandungan anak pertama pada usia kandungan 3 bulan saya dah kena checkup 2x seminggu sebab Hb bawah dari 11gm/dl. macam2 pil saya makan untuk naikan paras Hb saya tapi still maintain pada paras 10.7gm/dl..Alhamdulillah sepanjang kandungan tiada masalah.

Selepas melahirkan anak yg pertama, saya buat keputusan untuk ambil supplement shaklee dan masih terus hingga hamil anak yang kedua. bacaan paras Hb saya Alhamdulillah 14gm/dl paling drop pun 11.8gm/dl....

Apa-apa pun saya doakan yang terbaik untuk puan semua sepanjang kehamilan dan melahirkan anak nanti..yang terbaik untuk kesihatan puan dan bayi yang dikandungkan itu.

Terima kasih kerana sudi menjenggah dan membaca info dari blog saya NUR IS CAHAYA. segala info dan sumber saya ambil dari Buku Kecil Panduan & Pemakanan Ibu Hamil Anaemia

Selamat Datang ke Alam Kehamilan

Saat mengetahui puan hamil memang merupakan saat yang menggembirakan bagi isteri,suami dan keluarga. terutamanya bila pertama kali merasai pengalaman. malah perasaan teruja semestinya ada biarpun sudah berpengalaman...

walaubagaimana pun setiap pengalaman wanita yang hamil tidak sama,malah setiap kehamilan berbeza, maksudnya pengalaman anak pertama,kedua dan ketiga sememangnya tidak sama.

Ibu hamil akan melihat beberapa perubahan fizikal pada diri mereka semasa hamil. jangan risau sebab perubahan ini hanya sementara dan tidak berbahaya. ianya akan hilang selepas anda bersalin.

berikut adalah perubahan fizikal biasa yang dialami.

  1.  warna yang gelap pada putting payudara
  2. Tona kulit yang semakin gelap dikawasan leher,ketiak, kelengkang
  3. jerawat-jerawat halus di kawasan muka.
  4. kegatalan pada kaki dan tangan.

Gangguan ringan semasa Hamil.

Kebiasaanya ibu-ibu hamil akan mengalami pelbagai ketidak selesaan. memang agak merisaukan tetapi ini adalah perkara biasa. ketidakselesaan ini disebabkan dari pada Hormon atau badan yang mengalami tekanan yang lebih biasa semasa hamil.

berikut antara Gangguan yang dialami.

  1. Gusi Berdarah
  • Gusi ibu hamil menjadi lebih lembut dan mudah cedera. Gusi mungkin membengkak menyebabkan plak berkumpul pada dasar gigi. Ini akan menyebabkan penyakit gusi dan pereputan gigi. memang tidak dapat dinafikan kebanyakan ibu hamil mengalami troma semasa memberus gigi.
  • perkara yang perlu dilakukan - berus gigi dan kumur-kumur dengan sempurna selepas makan.
  • berjumpa dengan doktor gigi. free je sepanjang kehamilan :)

    2. Sembelit
  • Hormon kehamilan progesterone mengendurkan otot usus. oleh itu pergerakan usus ibu hamil diperlahankan. Menyebabkan ibu hamil lebih berkemungkinan mengalami sembelit
  • antara simptom yang dialami ialah pembuangan air besar yang keras dan kering. kurang kerap dari biasa.
  • Apa yang perlu dilakukan ialah makan makanan yang berserat tinggi dan minum air dengan banyak.
  • ambil zat besi tambahan selepas makan dan minum air dengan banyak.
  • jumpa Doktor jika masalah berterusan dan elakkan dari mengambil julap.
  • tindakan awal boleh mengelakkan ibu hamil dari mengalami masalah buasir.

  3.  Kekejangan - Berpunca dari kekurangan Kalsium.
  • kontraksi otot yang menyakitkan biasanya terjadi pada anak betis dan kaki, kebiasaanya berlaku pada waktu malam dan biasanya bermula apabila ibu hamil merengangkan kaki dengan jari kaki menghala kebawah.
  • Apa yang perlu dilakukan ialah urut anak betis yang kejang
  • selepas hilang sakit berjalan seketika bagi menggalakkan peredaran darah.
  • jumpa doktor kerana mungkin anda memerlukan vitamin tambahan seperti kalsium dan Vitamin D

 4. Berasa Pitam - Tekanan Ibu hamil lebih rendah semasa Hamil dan menyebabkan lebih 
     berkemungkinan berasa pitam.
  • Jika ibu hamil merasai pening dan tidak stabil. anda perlu duduk atau berbaring.
  • apa yang perlu dilakukan ialah cuba untuk tidak berdiri terlalu lama.
  • jika berasa pitam, duduk dan letakkan kepala diantara lutut sehingga anda berasa lebih baik.
  • jika sedang baring melentang,mengiring dahulu dan cuba bangun perlahan-lahan.

  5. Kerap membuang air kecil. - Rahim menekan pundi kencing. keadaan ini akan ok bila               berada di pertengahan kehamilan.
  • Kebiasaanya kerap membuang air kecil.
  • jika sering ke tandas tengah malam untuk membuang air kecil, kurangkan minum air sebelum tidur.
  • Jumpa doktor jika anda rasa sakit kerana mungkin mengalami jangkitan.

   6. Loya dan Muntah
  • Biasanya tanda awal kehamilan dan berlaku bila-bila masa sahaja. tidak sama bagi tiap-tiap individu.
  • keadaan akan bertambah teruk jika ibu hamil keletihan.
  • biasanya akan hilang pada usia kandungan 12 minggu dan adakalanya akan kembali semua (Tidak sama bg tiap-tiap individu)
  • selalunya berasa loya jika terbau makanan,asap rokok dan bau yang kurang enak.
  • Apa yang perlu dilakukan, cuba makan sesuatu untuk menmgelakkan dari muntah.
  • untuk meredakan muntah cuba makan biskut, roto bakar atau buah-buahan.
  • Biskut Halia @ Air Halia dapat membantu.
  • Elakkan dari makan makanan dan bau yang membuat anda loya.
  • makan dengan sedikit tetapi kerap.

  7. Berpeluh - Disebabkan perubahan hormon dan pengaliran darah ke kulit yang bertambah         sepanjang kehamilan.
  • Berpeluh selepas melakukan sesuatu dan terjaga pada waktu malam dalam keadaan panas dan berpeluh.
  • pakai pakaian longgar.
  • minum air dengan banyak.
  • buka tingkap @ air cone.

 8.  Kesan Rengangan
  • berlaku apabila kulit merengan melebihi kekenyalan yang biasa. pertambahan berat badan yang berlebihan merupakan punca. kesan ini jarang hilang tetapi semakin pudar dan jalur semakin menipis.
  • tanda merah yang muncul dikawasan kulit perut,peha,punggung dan payudara semasa kehamilan.
  • apa yang perlu dilakukan elakkan pertambahan berat badan yang mendadak.
  • sapu krim pelembat mugkin melega dan menyejukan tetapi tidak dapat mengelak atau memulihkan kesan rengangan.

9. Keletihan 
  • Disebabkan kehamila yang membebankan dan adakalanya juga disebabkan kerisauan.
  • berasa penat dan sering tidur terutamanya pada siang hari.
  • apa yang perlu dilakukan ialah berehat sebanyak mungkin dan buat sedikit senaman untuk lebih releks.
  • tidur lebih awal
  • jangan melakukan kerja terlalu keras.

10.  Pedih ulu hati. - injap pada pintu masuk ke perut kendur semasa kehamilan disebabkan            perubahan hormon. oleh itu asid mengalir semula ke saluran perut.
  • Rasa sakit yang kuat pada bahagian tengah dada.
  • Elakkan makan yg pedas dan bergoreng.
  • minum susu panas pada waktu malam dan tidur dalam keadaan kepala tinggi.

11. Vena Verikos.
  • kemungkinan mengalami masalah ini pada kehamilan yang lewat sekiranya berat badan berlebihan dan mewarisinya dari pada keluarga. masalah bertambah teruk jika anda berdiri terlalu lama dan duduk dalam keadaan bersilang kaki.
  • akibatnya kaki yang sakit, vena pada bahagian betis dan peha akan membengkak.
  • apa yang perlu dilakukan berehat dalam keadaan duduk dengan keadaan kaki keatas.
  • Guna sekurang-kurangnya 2 biji natal untuk meninggikan kaki.
  • Guna bantal kecil untuk menyokong belakang.
  • semasa baring tinggikan kaki gunakan 2 biji bantal 
  • lakukan senaman kaki.
 12. Lelehan Faraj
  • Anda mungkin perasaan peningkatan mucus yang dihasilkan oleh faraj disebabkan hormon kehamilan.
  • lelehan faraj yg jernih dan putih meningkat sedikit tetapi tidak menyakitkan.
  • Elakkn dr semburan pewangi atau sabun yang berpewangi.
  • pakai pantie liner.
  • Jumpa doktor jika gatal dan sakit @ lelahan yg keluar berwarna dan berbau.
 13. Buasir
  • Tekanan kepala bayi menyebabkan vena disekeliling membengkak. keadaan semakin teruk jika memaksa diri membuang air besar.
  • Berasa gatal,sakit dan pendarahan semalasa membuang air besar.
  • Apa yang perlu dilakukan ialah elak dari sembelit
  • jangan berdiri terlalu lama.
  • jumpa doktor.
  • Buasir yang tidak serius akan hilang selepas bayi dilahirkan.

Segala info yang dikongsikan diambil oleh saya dari buku rekod kesihatan ibu yang berwarna pink.
segala info yang dikongsi harap berguna dan dapat membantu. pengalaman kehamilan memang memenatkan,mengembirakan dan penuh dengan macam-macam emosi. saya doakan semua ibu-ibu selamat dan sihat semasa proses hamil dan melahirkan.

banyakkan berdoa dan mohon yang terbaik sepanjang proses ini. ibu-ibu juga perlu memastikan kesihatan sentiasa utama dengan menjaga kesihatan dan permakanan.

Salam sayang dan terima kasih kerana sudi menjengah blog Nur is Cahaya.