~ RAKAN~

Rabu, 22 Jun 2011

PEMAHAMAN ASAS FOREX

Apa Itu FOREX??

Mungkin anda selalu terdengar mengenai Forex dan selalu terlihat iklan-iklan mengenai Forex, tahukah anda Forex merupakan satu peluang keemasan perniagaan pelaburan online tanpa berjumpa orang ramai dan boleh dilakukan dirumah. FOREX merupakan singkatan nama bagi Foreign Exchange yang membawa maksud tukaran matawang. Pasaran Mata Wang(FOREX) atau Foreign Exchange ialah market komoditi yang paling terbesar sekali didunia ketika ini. 

Dianggarkan lebih $1 trillion (~1000 billion) urusniaga setiap hari dan ini menjadikan FOREX lebih 3 kali lebih besar dari mana-mana pasaran saham dunia. malahan apa yang didagangkan di NYSE ( New York Stock Exchange) hanyalah berjumlah USD25 bilion sehari. Boleh dikatakan , pasaran FOREX melibatkan jumlah lebih kurang 3 kali ganda lebih besar daripada pasaran stocks dan fuctures dunia. Hal ini menunjukkan betapa besar dan kuatnya dagangan tukaran mata wang.



Apa yang anda cari sebenarnya dalam forex adalah keuntungan. Anda untung apabila anda melakukan trading searah dengan pergerakan graph, sebaliknya anda rugi bila berlawanan. So anda kena bijak, samada perlu melakukan trade keatas atau kebawah kerana didalam forex, hanya 2 pilihan sahaja (atas atau bawah)...bunyinya mcm senang....hakikatnya memang ada yang mengatakan senang dan ada yang  mengatakan masih agak susah walaupun untuk meneka atau mentafsir hanya cuma salah satu dari dua arah. Tak tahu lah saya bagaimana sesetengah orang masih bijak mengena tikam nombor walaupun kebarangkalian untuk mengena sebenarnya adalah terlalu kecil disebabkan nilai bombor yang sangat banyak.


Contoh Profit Trading



Menariknya mengenai Online FOREX ini ialah urusniaganya dibuka 24 jam dan 5 hari seminggu (Isnin seawal 6 pagi sehingga sabtu seawal 6 pagi waktu Malaysia). Boleh dilakukan dimana saja, Rumah,Pejabat,Cyber Cafe, Starbuck,Tepi Pantai ...dan dimana-mana saja asal anda mempunya jaringan internet (broadband). Atas katil dan depan TV pun boleh. Tambah menarik lagi dengan banyaknya persaingan kini dari Broker-Broker, Urusniaga FOREX ini boleh dilakukan dengan modal permulaan serendah USD1. Dagangan Forex merupakan satu proses membeli salah satu mata wang dan menjual mata wang yang lain. Matawang ini didagangkan menerusi broker atau pengedar ( dealer) . Matawang ini didagangkan secara berpasang ( pair). 


Sebagai contoh British pound dan US dolar ( GBP/USD) atau US dolar dan Japanese Yen ( USD/JPY). Sehingga penghujung tahun 1990 , pasaran dagangan Forex hanya di jalankan oleh mereka yang mempunyai kedudukan dan pengangan kewangan yang istimewa. Ini disebabkan , keperluan asas bagi melakukan trading di dalam pasaran Forex adalah berjumlah 10 hingga 15 ribu USD . Pada asalnya, dagangan forex hanyalah dijalankan oleh institusi perbankan dan institusi – institusi yang besar. Bagaimanapun, pada masa kini kita amat beruntung kerana dengan berkembangnya teknologi dan penggunaan internet. Kini pasaran dagangan forex telah dibuka kepada sesiapa saja seperti saya dan anda semua. 





Forex Lebih Menarik Dari BSKL dan MLM
1. FOREX online 24 jam 5 hari seminggu. Sesuai untuk sesiapa yang pada siang hari bekerja atau malam bekerja kerana mereka punyai masa untuk trading. Tetapi BSKL hanya buka pukul 9 pagi sehingga 5 petang. So tidak sesuai untuk orang bekerja pada siang hari

2. FOREX- Pasaran jauh lebih cergas (aktif) berbanding BSKL

3. Pasaran Forex tidak tidak dikawal oleh mana-mana individu, badan persatuan atau pun negara.(Global). Tiada faktor politik

4. Forex tidak dipengaruhi oleh faktor ekonomi dunia kerana anda boleh membuat untung samada pada harga menurun atau pun menaik (Trading 2 arah). Sebaliknya BSKL hanya untung bila harga menaik (Trading 1 arah)

5. Forex- Urusan deposit atau withdraw paling cepat, hanya dalam masa tak lebih setengah jam menerusi "IB" yang dilantik untuk wakil di Malaysia

6. Forex tiada risiko bankrupt. Tiada pinjaman dibenarkan. Anda hanya bertrading setakat Balance atau Equity yang anda ada sahaja. Di BSKL anda diberikan pinjaman sehingga 3X ganda dari modal anda. Itu salah satu sebab terjadinya bankrupt bila menanggung kejatuhan yang amat teruk

7. Forex- Anda boleh bermula serendah USD1 dan bonus tambahan diberi USD30 bagi setiap akaun baru yang bermula dengan USD100 deposit

Note: Forex adalah legal (sah)...bukan seperti perniagaan internet yang lain. Ia telah wujud berpuluhan tahun dahulu. Bukan sayarikat Malaysia tetapi international "seluruh dunia". Bank kita pun main forex. Semua forex sama, yang membezakan hanyalah broker sahaja.


Tahukah anda pengiraan Profit @ Loss?

- Ianya sangat lah mudah dari segi konsep pemahaman. Mari saya jelaskan kepada anda

(Click page diatas untuk lihat saiz lebih besar)

Berdasarkan photo diatas, saya ingin menerangkan tentang Pair "GbpUsd". Jika anda lihat pada garisan merah yang saya buat adalah seperti berikut. pada tarikh "2010-05-21 / 11:45" anda dapati nilai pair tersebut berada pada nilai 1.4317. anda, saya atau sesiapa tidak tahu kedudukan grah selepas masa itu (akan datang). Setiap orang hanya boleh guess sahaja melalui fundamental analisis atau pun dengan menggunakan indicator.

Katakanlah pada tarikh dan masa "2010-05-21 / 11:45", anda melakukan open post "BUY".  dan pada tarikh dan masa "2010-05-21 / 15:45" anda menutup post tersebut, bermakna anda telah untung sebanyak 154 pip iaitu (474-317= 157, -spread,3 = 154 pip). Caj spread untuk GbpUsd adalah 3 setiap kali anda membuka trade buy ataupun sell.

Disini "BUY" bermaksud anda membuka post ke arah atas dan "SELL" bermaksud anda membuka post kebawah. Sekiranya anda memilih BUY dan seperti graph diatas anda untung. Sebaliknya jika pada masa seperti diatas anda membuka post dan menutup post, maka anda telah rugi (rugi 157 pip + spread,3 pip= 160 pip). Sebenarnya diforex anda boleh mebuka post bila2 masa dan menutupnya bila2 masa anda suka juga. Berlainan dengan BSKL, anda hanya untung jika graph menaik. Didalam forex tidak begitu, anda perlu betul menjangka, jika anda rasa graph turun anda perlu melakukan sell untuk memastikan anda untung. sebaliknya buy jika grpah menaik.

(Note: jangan tersilap tafsiran tentang maksud "buy" dan "sell" . Didalam forex, kedua-dua perkataan tersebut adalah bermaksud anda mengambil trade@ membuka post. kerana forex adalah trading 2 arah. Cuma "buy" membawa maksud trade kearah atas dan "sell" trade ke arah bawah. So untuk tutup post kita guna perkataan close post)...harap jangan keliru dengan perkataan beli dan jual

Tentang perkiraan nilai wang pula bergantung kepada volume/ lots yang anda gunakan. Seandainya anda menggunakan volume/lots USD1 bermaksud setiap pergerakan pip adalah bernilai USD1. So dalam kes diatas, jika anda betul, anda akan untung sebanyak USD154 = RM539 dan jika rugi USD160= RM560. Jika sebaliknya jika anda gunakan USD0.10, bermakna jika untung anda akan untung sebanyak USD15.40 dan jika rugi pula adalah USD16.00. Mudah sahaja pengiraan nya. anda mahu peluang untung besar maka risiko juga besar, anda mahu untung kecil maka risiko juga kecil. Jika anda bijak dan tidak tamak, gunakan sahaja volume/ lots kecil kerana ianya lebih selamat dan kurang risiko

Sebaik-baiknya modal yang digunakan haruslah boleh rolling sekurang kurangnya 1000pip. Bermaksud jika anda ingin guna volume/lots USD1 untuk trade anda, maka anda haruslah bermodalkan USD1000.00= RM3700, sebaliknya jika anda hanya bermodalkan USD100.00, eloklah menggunakan volume USD0.10 sahaja.

Sekian....harap anda faham dengan penjelasan yang saya nyatakan diatas.
entry ini saya copy dari blog sorentofx tanpa mengubah fakta yang sebenar

pemikiran seorang Forex trader

Assalamualaikum / Salam Sejahtera blogger semua!!!!

Pertama sekali, terima kasih kerana anda sudi untuk menerima
pandangan dari saya mengenai perniagaan Forex. 


Ramai yang menganggap forex adalah satu cabang perniagaan yang
berisiko tinggi..walau bagaimanapun Forex merupakan permainan bagi
BIG BOY'S. Untuk anda turut serta di dalam permainan ini anda
memerlukan pemikiran yang setaraf dgn mereka. Untuk pengetahuan
anda, disebabkan ramai tidak mempunyai pemikiran sebagai Forex
trader telah menyebabkan mereka kecundang di dalam arena Forex.

Kita datang dari latar belakang yang berbeza jadi amat mustahil
untuk kita mengetahui selok belok sesuatu bidang yang kita ceburi
dalam masa yg singkat..

Sebagai contoh anda adalah seorang jurutera eletrik, tiba tiba
anda didatangi seorang rakan dan memberitahu anda bahawa
menjadi seorang doktor adalah pekerjaan mudah dan boleh
mendatangkan hasil yang banyak.


heheheh..jadi dalam beberapa hari anda  bersetuju untuk menjadi seorang
doktor,persoalannya mampukah anda menjalankan tugas sebagai
seorang doktor dengan hanya mempunyai pemikiran dan pengalaman
sebagai seorang jurutera eletrik? Apa pandangan anda??

Atas dasar inilah saya menyatakan bahawa ilmu forex harus diselami dan didalami..
masa,pengalaman adalah guru yang terbaik..Saya rasa sampai disini sahaja entry untuk kali ini, saya harap ia
dapat serba sedikit membuka minda anda mengenai Forex.



Sekian Terima Kasih