~ RAKAN~

Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Ahad, 18 Julai 2010

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...dengan setiap yang berlaku dan cuba cari yang positif dalam sesuatu.


 1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.
5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh
mendengar.
7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.
9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...



"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

Khamis, 15 Julai 2010

Jangan Berputus Asa






Jika Anda sedang mengusahakan sesuatu kemudian hasilnya tak menjadi, jangan putus asa.Sebaliknya, beri ruang pada diri Anda untuk `recover'.

Berehat sebentar, ambil angin, pergilah berjalan-jalan. Ketawalah, bersukan, memancing. Lakukan aktiviti riadah seketika.

Biar inspirasi hadir semula. Tiap kali kita nampak hasil usaha kita tak seperti yang kita mahukan, kita akan terdorong untuk tidak terus melakukannya.

Inilah pendorong kepada sikap putus asa. Jangan berhenti terus. Sebaliknya ambil masa untuk berehat sebentar.

Bila dah selesai berehat, sambung usaha. Jikalau hasilnya masih tak seperti yang kita mahukan, berehat lagi, kemudian usaha lagi.

Kebanyakan orang cepat putus asa sebab mereka tak tahan berdepan dengan rasa sakit hati apabila usaha tidak mendatangkan hasil ataupun hasil yang muncul tak seperti di mahukan.

Sakit hati tu akan hilang dengan sendirinya apabila kita memberi ruang pada jiwa kita untuk `recover' dalam masa kita berehat-rehat.