~ RAKAN~

Rabu, 30 Januari 2013

Kisah teladan kewarakan Ibnu Sirin

Kota Basrah telah melahirkan ramai ulama zaman tabiin. Antara ulama paling terkenal ialah Muhammad bin Sirin. Beliau alim dalam bidang hukum,warak dan tekun beribadah. 

Seseorang yang mengenali beliau, berkata : “Sesiapa yang berminat melihat orang yang warak, maka lihatlah Muhammad bin Sirin.” 

Aku tidak akan membantumu Berkhianat…..” 

Ibnu Sirin pernah dipenjarakan kerana tidak mampu membayar hutang. Beliau telah membeli puluhan tong minyak zaitun berharga 40,000 dirham daripada pembekal. Minyak itu digunakan untuk menjual kembali. Tiba-tiba beliau melihat bangkai tikus di dalam sebuah tong. Beliau beranggapan tikus tersebut telah mati semasa dalam proses pembuatan minyak zaitun tersebut, dan sudah tentu semua tong yang mengandungi minyak zaitun terkena najis bangkai tersebut. Sifat warak yang dimiliki oleh Ibnu Sirin, beliau membuang semua minyak tersebut. 

Beliau tidak mahu menipu pembeli dengan menjual minyak yang terkena najis. Akibatnya beliau tidak dapat membayar kembali harga minyak kepada pembekal. Lalu beliau dimasukkan ke dalam penjara untuk beberapa tempoh masa. 

Pengawal penjara yang mengenali Ibnu Sirin bersimpati terhadapnya dan berkata :’Engkau pulanglah ke rumahmu pada waktu malam dan datang semula pada waktu pagi.”.Namun, apa respons Ibnu Sirin? Beliau menolak tawaran baik tersebut dan berkata :"Tidak, demi Allah. Aku tidak akan membantumu mengkianati Sultan.”