~ RAKAN~

Khamis, 23 Jun 2011

KESILAPAN KEDUA DIDALAM FOREX

KESILAPAN KE2 : MENGGUNAKAN INDICATOR BERWARNA-WARNI 


Assalamualaikum / Salam Sejahtera BLOGGER semua!!,
saya
ingin memberikan pendapat saya tentang indicator berwarna warni,
atau pun yang selalu disebut custom indicator.

Kebanyakan trader di Malaysia pernah menggunakan custom indicator
yang berwarna warni dalam trade forex. mungkin anda pun mesti pernah
gunakannya, bukan? Jika hijau, anda akan buy. Jika merah, anda
akan sell. Tapi setakat ini, sudahkah anda mendapat keuntungan
yang konsisten dengan menggunakannya?

Ingin saya jelaskan disini, penggunaan custom indicator ini
membuatkan trader tidak berfikir tentang keadaan market ketika itu.
Lebih parah lagi, ada custom indicator yang pada mulanya keluar
isyarat buy, apabila kita sudah masuk position, tiba-tiba keluar
isyarat sell. Pernahkah anda mengalami keadaan itu?atau mungin anda mengalami keadaan itu suatu hari nanti..

Saya harap anda dapat berhenti dari menggunakan custom
indicator, kerana saya berpendapat custom indicator akan membuat anda
menganalisa pasaran ke arah yang salah.

  renung2kan dan selamat beramal..


P/s : saya minta maaf & menyusun sepuluh jari sekiranya salah pendapat saya ini...inilah yg dimaklumkan oleh sifu saya kepada saya
 

KESILAPAN PERTAMA DAN UTAMA DIDALAM FOREX

Assalamualaikum / Salam sejahtera BLOGGER semua! ,

saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang penggunaan robot dalam trading forex.

KESILAPAN 1: menggunakan Robot untuk menjalankan perniagaan forex secara automatik.


Ini adalah kesilapan yang paling biasa dibuat oleh trader-trader di Malaysia.
Forex adalah satu market yang organik dan sentiasa berubah mengikut sentimen.
Jika menggunakan Robot, bagaimanakah robot ini ingin mengikut sentimen semasa
sedangkan robot itu tidak mempunyai perasaan ketika dalam trade? Andai anda
menggunakan robot dalam trade anda, saya sarankan anda untuk hentikannya
sekarang kerana ia tidak akan memberi manfaat kepada akaun trade anda nanti.

Untuk pengetahuan anda, saya tidak pernah jumpa seorang pun forex trader
yang professional menggunakan robot dalam trading mereka. Tahukan anda mengapa agaknya
mereka tidak menggunakan robot dalam trading forex? SEBAB IANYA TIDAK BERHASIL.

Di  Forex, anda harus belajar untuk menggunakan tools yang digunakan
oleh trader-trader yang professional dalam urusniaga forex. supaya
anda terlatih untuk memaksimakan penggunaan tools tersebut melalui kelas revision
online,kursus dan sebarang kelas mengenai forex.

BELAJAR MENJADI PROFESIONAL DI DALAM TRADING

Assalamualaikum BLOGGER semua! salam sejahtera





Forex makin popular, ramai yang mula membuka mata untuk mencuba
nasib dan ramai juga yang kecewa setelah menceburkan diri. Dalam
apa bidang sekali pun tidak salah untuk kita mencuba tapi
persiapan dan juga pengorbanan perlu dilakukan seiring dengan
kemahuan kita.

Ramai kalangan kita yang menganggap ini boleh dijadikan permainan
dan membolehkan untuk dibuat tekaan semata, sekiranya ini lah yang
anda lakukan,nasihat saya berhenti lah kerana ia akan membawa
padah yang besar kepada diri anda.

Sebaiknya renungkan kembali, fikir  dan bayang kan siapakah mereka
yang berada dan berjaya dalam urusniaga ini iaitu golongan 3-5% itu,
berapa banyak kah pengalaman mereka, adakah anda boleh berfikir
sepertimana mereka, adakah anda boleh menganalisa sepertimana
mereka, adakah anda boleh mengambil tindakan sepertimana mereka.


Siapakah mereka. mereka adalah individu  profesional dalam
urusniaga ini, bank bank dan juga fund manager. Mereka  adalah
orang yang telah mendapat latihan khusus yang ditaja oleh syarikat
dimana mereka bertugas. Justeru itu tanyakan kembali siapakah kita
yang baru mendengar perkataan forex hanya beberapa bulan /minggu/
hari yang lalu. Dengan tanpa melihat kekiri dan kanan cuba untuk
membuat kajian sendiri mengharapkan kita akan mencapai dan mendapat
satu formula untuk trading lalu memasukan modal dalam akaun trading.

Sekiranya ini yang berlaku sungguh malang sekali nasib kita
kerana wang yang ada itu tidak akan mencukupi untuk kita terus
menjalankan kajian. percaya lah.




Nasihat saya belajar lah untuk menjadi sepertimana mereka. jadi belajarlah untuk menjadi profesional ketika menjalankan urusniaga . Bagi saya sekiranya segala langkah,tindakan dan
juga keputusan anda menjurus kepada seorang yang profesional
justeru itu keuntungan/duit itu akan datang secara sendirinya.


Renung2kan dan selamat beramal...


AWARD DARI ZILLA

 


ALHAMDULILLAH SYUKUR