~ RAKAN~

Rabu, 18 Ogos 2010

hari Yang sengal tambah cuai..

hai..ape kena ngan aku rini tah..
konon2 awal datang kerja tapi rupa-rupanya....
hehhe..gelak jap..
aku gosok baju sebelah tanggan jerk..lagi sebelah aku lupe ker tak perasan..hehhe..tgh2 drive baru perasan tu pun sebab tangan kena pegang streng..sampai tol cari purse tak ade..rupa2nya tinggal..ya'ampun..seb baik ade duit2 syling dalam kater tu..

Ape kena ngan aku nie???

Pencuri...6 jam tersepit di tingkap


Tulah ko bulan2 baik nie ko nak mencuri lak yer..ha!padan muka kamu..perlu ke kesian dekat orang macam nie??


Gambar dari bahagian dalam rumah orang yang dier nak curi..


hhehee..Gambar dari luar rumah..bertunggkus lumus bomba nie tolong keluarkan..



LONDON: Seorang penganggur tersepit dan terperangkap di tingkap selama hampir enam jam apabila cubaannya mencuri bertukar menjadi insiden memalukan
HAJAT TAK SAMPAI... suspek kesakitan apabila tersepit di celah tingkap.
Lelaki terbabit dipercayai mahu meloloskan dirinya melalui tingkap tidak berkunci di sebuah rumah di kawasan Tomlins Grove, di Bow, kira-kira jam 2 pagi.
Bagaimanapun ruang seluas 20 sentimeter kali 20 sentimeter itu tidak cukup untuk membolehkannya masuk.Keadaan itu menyebabkan lelaki terbabit tersangkut di pinggangnya dan dia terpaksa menahan kesakitan hampir enam jam sebelum dilihat pemilik rumah berkenaan yang turun untuk bersarapan.Polis, ambulans dan bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan penganggur terbabit kira-kira jam 7.30 pagi.Dia kemudian ditarik keluar dari lubang sempit itu oleh 10 anggota bomba yang datang bersama dua jentera.Mereka turut menggunakan tangga bagi menyokong kaki pencuri terbabit yang tergantung di tingkap sementara bingkai besi di situ dipotong dengan gergaji.

Keadaan aneh tetapi melucukan itu turut menarik perhatian seluruh kejiranan Tomlins Grove.

Seorang penduduk berkata, selepas mendapat tahu keadaan sebenar, dia ketawa terbahak-bahak melihat keadaan pencuri terbabit.“Tentu lelaki itu kini sedar betapa bodohnya dia.“Ramai daripada jiran mahu dia dibiarkan saja di situ,” katanya.
Menurut lelaki itu, ada seorang doktor bedah yang menawarkan kepakarannya ‘mengeluarkan pencuri terbabit tanpa merosakkan tingkap rumah’ berkenaan.“Bagaimanapun, polis dan bomba menolak secara baik dan mahu kes itu dikendalikan pihak berkuasa tanpa mencederakan sesiapa,” katanya.Selepas 30 minit barulah pencuri terbabit berjaya dikeluarkan dari tingkap berkenaan, tetapi dalam keadaan tidak berbaju.

Asal dier nie kawin cerai jerk kejanye..


HULU KLANG: “Roslin pergi ke hotel itu untuk bersama Raja Azmi (Raja Sulaiman), malah bilik hotel itu juga didaftar atas nama wanita itu,” kata Norhayati Othman, 38, isteri jaguh badminton negara, Roslin Hashim ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam.
Dia yang juga Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkata demikian ketika menjawab soalan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohamad berhubung punca kejadian lafaz berbunyi ‘I cerai youlah’ yang didakwa dilakukan Roslin dalam bilik 533, Hotel Corus, Jalan Ampang di sini, pada 7 Ogos lalu.

Dalam keterangannya, Norhayati mendakwa Roslin, 35, melafazkan cerai dalam keadaan sedar, siuman, tenang dan mengambil kira-kira lima hingga tujuh saat untuk menjawab soalan selepas ditanya apa keputusannya ketika itu selepas berlaku perdebatan antara mereka berdua dan bekas pemain kebangsaan Jailani Sidek serta isterinya, penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman.

“Kami (Norhayati bersama dua adik dan ibunya) pergi ke tingkat lima dan menunggu Jailani untuk bersama-sama ke tingkat tiga. Namun, Jailani seolah-olah melengahkan kami untuk ke bilik itu kerana dia sudah menelefon Roslin dan mengarahkan dia keluar dari bilik berkenaan.

“Dia mungkin bimbang Raja Azmi serta Roslin ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akibat berdua-duaan. Roslin dikatakan sudah keluar dari bilik itu. Saya minta Jailani hubungi Roslin dan meminta dia tunggu saja dalam bilik itu. Mereka mengaku berada bersama dalam bilik itu dan pada jam 8.32 malam, berlaku lafaz cerai,” katanya.

Norhayati yang diwakili peguam syarie Zulkarnain Lukman memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai pada Isnin lalu dan diterima pada sebelah petang oleh Roslin yang diwakili peguam syarie Roslizam Rahim.
Terdahulu dalam prosiding yang bermula pada sebelah petang, Roslin memaklumkan mahkamah dia tidak mempunyai bantahan terhadap penyata tuntutan yang dikemukakan isterinya.

Pasangan itu bernikah pada 9 Julai lalu di Hotel Flamingo, Ampang.

Dah 2kali jadi macam nie tak kan lah si pompuan jugak yg salah..1 malaysia pun boleh fikir agaknya Si Raja Azmi ngan Roslin nie something wrong somewhere kn...hheheh..bak kata Nabil Lu Pikir lah Sendiri Assalamuaikum!