~ RAKAN~

Rabu, 14 Julai 2010

Petua Mengatasi Bau Busuk Ketiak


ketiak sekang senang nak harum...tenyeh jerk ngan dioderant (keje mudah gek, cume sumber tak asli lahh).....sure tak busuk....tenyeh ngan limo tuh kalu kuat lebih pon kang melecetttt.. ..dah satu hal nak mengepakkkk pulakk...nak bagi ketiak beranginn... .heeee.....


Ni saya nak cakap kat korang yang ada masalah ketiak berbau (busuk) jer. Yang ketiak korang bau wangi takyahlar buang masa nak baca…. wokey?
Saya ni memang `bercinta' kalau duduk…tak kiralah kat sebelah betina atau jantan yang ketiak (aka badan) yang berbau (busuk).Bayangkanlah kalau korang naik bas ker `train' dan terduduk kat bawah ketiak orang. Dan lagi satu kalau korang ada pasangan yang bermasalah sama….. sure potong stim korang jer kan?So, kat bawah ni saya nak cakap macam mana korang nak buat/guna deodorant yang bukan saja paling murah tapi paling berkesan di dunia.Deodorant yang melambak dijual kat kedai tu….. mengarut….. silap-silap haribulan ketiak korang pun bleh lebam dan hitam macam bontot kuali dapur kayu. Sebab dah hitam tu….. makanya ada orang tak cukur bulu ketiak….. takut nampak hitam bile dah cukur…..

Kalau cara semulajadi yang saya ajar ini tak menjadi, korang boleh maki kat saya….. no pobelemo.

Baik begini cara ;

1.     Korang kena pergi kedai beli limau nipis (kalau limau purut pun wokey). Yang dah ada pokok kat belakang rumah tu….. lagi bagus 100% jimat.
2.     Korang potong dua limau nipis tu guna pisau….. bukan guna gigi.
3.     Korang bawak masuk bilik mandi dan bukalah baju. Yang nak bogel tu….. terpulang.
4.     Tenyehlar limau tu kat ketiak korang sampai limau tu jadi nipis. Yang tak biasa mungkin rasa tak selesa dan pedih….. tapi kena tahan jer lar sikit.
5.     Bahagian yang kena tenyeh tu akan jadi merah-merah dan korang biarkanlah beberapa minit. Paling senang korang gosok gigi lar.
6.     Lepas tu korang mandi macam biasa….. dan yang nak pakai sabun shokubutsu tu pakai jer la.
7.     Lepas mandi keringkanlah badan korang macam biasa.
8.     Korang pergi depan cermin dan luruskan dua-dua tangan ke atas, lepas tu ciumlah ketiak korang. Sure baunya menyelerakan ops menyegarkan.
9.     Amalkan seminggu 2 kali wokey, dan bagi yang memang species berbau tu kenalah tiap-tiap hari hingga hilang bau.
Sekian.

Cara ni bukan setakat kat ketiak, tapi mana-mana bahagian badan pun bleh, takder haram pun. Bagi ketiak korang yang dah lebam dan hitam tu, kenalah tambah kapur sirih secukup rasa masa tenyeh limau nipis tu….. tapi take time gak dia nak cerah.Selamat mencuba menery mengetest.

Tips -Tips Menggembirakan Hati Duka Lara





Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental anda, emosi anda, kesabaran anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit


Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.


Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti `Keras'

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.


Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Awal Ashari dan Scha Al-Yahya Bercuti Di Bali



Suka pasangan nie, awal kalau betul cepat2lah kawin..Tunggu apa lagi????















 





:: Sumber dari Beautiful Nara