~ RAKAN~

Khamis, 29 Julai 2010

Spa Kimie Sri Andaman Kajang

  Jom Pergi Spa Kimie Sri Andaman Kajang
Hair & Beauty Saloon

hai blogger semua,saya just nak share satu tempat spa yang saya selalu pergi dekat area kajang,puas hati betul.Murah tu tak derlah sangat tapi yang pentingnya service yang die bagi memang berbaloi..bayangkan lah  kalau facial completed semua Rm 35.00 Sahaja..Tidur bagun tidur balik pun tak siap-siap lagi..kalau facial tempat lain yang pernah saya pergi Rm35.00 tu setengah jam pun tak sampai.


Facial Pakej:-
Facial Normal = Rm 35.00
Facial Jerawat = Rm 50.00
Diamond Peeling = Rm 45.00
Treatment = Rm 50.00

Resdung :-

Normal=Rm20.00
Treatment=Rm35.00
Lentik Bulu Mata=Rm25.00
Trim Kening=Rm5.00-Rm10.00





PROMOTION!!!

+Sauna
+Lulur
+Mandi Susu/Rempah
+Facial


***RM 140.00 Sahaja***




PERKHIDMATAN:-


*Urut Tradisional=Rm 50.00

*Manggir=Rm40.00

*Mandi Bunga=Rm45.00

*Mandi Susu/Rempah=40.00

*Sauna=Rm25.00

*Sauna Special=Rm35.00

*Lulur/Body Scrub=Rm50.00

Bleaching=Rm50.00

Pakej Badan For Women Only!!


Pakej 1:-
*Sauna/Lulur/Mandi Susu@Rempah
=Rm110.00 Sahaja

Pakej2:-
*Sauna/Lulur/Urut Badan/Mandi Susu@Rempah
=Rm155.00 Sahaja

Pakej3:-
*Sauna/Lulur/Facial/Mangir(Masker)/Mandi Susu@Rempah =Rm180.00 Sahaja

Pakej4:-
*Sauna(Istimewa)/Lulur/Mangir(Masker)/Mandi Susu@Rempah/Urut Badan/Facial
=Rm240.00 Sahaja

Lokasi:- Kimie Sri Andaman bertentangan dengan MAybank Kajang dekat pekan Kajang..

Berminat Sila Hubungi Puan Punya Spa:-
 WANI:
(016-3887456/016-2466243)

Sekian terima kasih,hanya berkongi info dengan blogger semua,yang mana area kajang &Bangi sudi2kan datang merasa service dekat spa nie..Murah,Puas Hati & Berbaloi-Baloi..

For information U all Puan Punya Spa pun tak tau promotion dibuat melalui blog ini..hehe('',)



Penghargaan dari kawan-kawan

Terima kasih,harigatogazaimas kepada kawan2 yang bagi award nie..

Rabu, 28 Julai 2010

Abby Pasang Badan?


Baru-baru nie berita Abby sudah mula bentuk fizikal bentuk badannya. Menurut sumber ketika bertemu Abby di sebuah majlis baru-baru ini, badan pelakon anak tiga itu sudah susut, seperti badan ketika zaman Abby sebelum berkahwin dulu.

Mungkinkah Abby kurus kerana ‘makan hati’ dengan segala macam masalah yang melanda dirinya? Soalan yang sama diajukan GUA kepada sumber yang menyampaikan berita ini.

Kata sumber lagi, tidak mungkin Abby kurus kerana makan hati. Sepanjang majlis berlangsung, Abby kelihatan ceria dan semakin positif dalam menumpuhi perjalanan hidupnya. Malah Abby juga banyak bercerita mengenai kerjaya serta tawaran yang semakin mencurah.

Baguslah kalau benar berita ini. Semoga Abby menemui kebahagiaan yang diidamkan, apatah lagi dia turut menjaga anak hasil perkongsian hidup bersama bekas suami, Norman Hakim. Kata orang, kehadiran anak-anak di sisi adakalanya menjadi pendorong untuk si ibu terus bekerja demi kebahagiaan dan masa depan zuriatnya itu. 

Nak Makan Dekat Mana Nie???

Perut lapar..nak naik kantin tak nak..
sebab tengah boikot..menci menci nyampah..

tapi nak keluar malas lah pulak..perut sakit!!

Kenapa Muka Erra Fazira Dengan Umi Aida lebih Kurang Sama Ek???


aku heran sikitlah dengan artis dua orang nie sebab kalau tanyer buat botox ke tak, taknak pulak mengaku..tapi cuba korang tengok muka durg nie lebih kurang sama kan..hahahha diaorang ni adik beradik ke aper???hishhh..apa2 pun aku tetap suka erra Fazira.tapi lumrahlah artis malaysia memang banyak cocok botox tapi aku nak heran jugak dengan diaorang berdua ni!!!

Femes Amos Betul Si ariel da Porn Star


Hishh..malas nak komen pasal si ariel peterporn nie..tapi aper masalah surat kabar dekat malaysia ni..hari-hari kes dia keluar dekat paper..sampai kan budak-budak sekolah pun tau kes dia..Apahal!memang aku tak puas hati kalau dalam handphone budak sekolah zaman sekarang pun ader video klip dia. Macam bagus pulak die tukan..korang fikir sendiri ek..banyak yang buruk dari yang baik tau..dari budak-budak tau tau jadi tau..Ehmmm..Aku tengok si ariel nie geli tau tak..dah macam gigolo jerk..

hari yang Bosan kini Sudah Datang

Selasa, 27 Julai 2010

cara menaikan kedudukan rahim yang jatuh.


Hiss macam maner saya yang muda-muda ni pun boleh tau petua macam nie?..Untuk pengetahuan u all semua mak saya memang tukan urut sepenuh masa dan petua nie pun  mak saya yang bagitau. kalau kita perempuan nie terjatuh kita sendiri boleh naikkan kedudukan rahim tu. caranya mudah lah boleh diamalkan selalu oleh mereka yang bernama wanita. bukan mereka yang ingin menjadi wanita.. uuppss..jahat pulak mulut ain ni yerk. ok caranya begini 


1.    Dalam kedudukan baring melentang
2.    Angkat kedua-dia belah kaki keatas.
3.    Buat secara perlahan-lahan dan semampu boleh yerk.jangan dipaksa.
4.    Tahan kaki dalam kedudukan tersebut dalam kiraan 10..kalau tak larat buat semampu yang boleh.
5.    Ulang langkah ini dalam 5 kali. 

Ps:-  Buat seperti dalam gambar tapi seelok-eloknya tanggan tu pastikan diletakkan disis.

Hilangkan Kegatalan Gigitan Nyamuk


Petua macam nie bagus tau untuk insan2 yang berkulit sensitif macam saya nie,tak tau lah kalau u all semua nie..yelah pantang kena gigit nyamuk garu lah kan sebab gatal hishh then dah berbekas..sakit hati betul!huhu jadinya jenuh jugak mencari petua. tapi sekarang nie semuanya dihujung jari dan rase seronok nak berkongsi dan caranya senang bangat! Cuma ambil satu sudu garam bukan gula tau. campurkan sedikit air dan pastikan garam tu tak larut sepenuhnya kemudian sental garam tadi pada bahagian yang gatal sebab kena gigit nyamuk tu tadikan. Insya-Allah kesan gatal tu hilang dengan sendirinya.

menghilang kedut dan menghaluskan kulit muka



Petua yang nak dikongsikan ini senang jugak. Cuma ambil sebiji timun dan parut sehingga hancur campurkan bersama sedikit tepung jagung. Bila sudah sebati bampuran tadi sapu keseluruhan pada bahagian muka dan biarkan sehingga kering. Amalkan pada setiap pagi dan hasilnya kulit anda semua akan menjadi bersih,halus dan lembut. Huhu..kalau nak cantik kena rajin no,huhu orang yang kongsi petua nie pun bukannye cantik pun..

Menanggalkan Sel Kulit Mati


Petua yang saya nak kongsikan ni kacang jer dan bahan-bahanya pun senang nak diperolehi.cuma campurkan 2 sudu oat bersama-sama dengan minyak masak. Setelah sebati campurkan sedikit air.sapu adunan tersebut pada muka dan badan. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Bukan je kulit mati boleh tanggal tapi ianya juga bagus bagi melancarkan peredaran darah. Petua ni hendaklah dilakukan 3 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan.

Isnin, 26 Julai 2010

Melebatkan Rambut


Petua nak lebatkan rambut senang je, Tumbuk segenggam daun asin-asin sehingga lumat. Perahkan airnya campurkan dengan dengan semangkuk santan kelapa. Kemudian lumurkan air ini pada keseluruhan rambut sehingga sehingga mengenai kulit kepala.Biarkan beberapa minit dan bilas dengan air suam sehingga bersih.

Ahad, 25 Julai 2010

Popcorn Kaya Antioksidan


Berita gembira bagi penggemar popcorn kerana mengikut kajian  dari Amerika mendapati popcorn mengandungi polyphenols, sejenis antioksida setara buah-buahan dan sayur-sayuran. Polyphenols yang memiliki efek antioksidan sehingga sepuluh kali ganda seperti vitamin C dan vitamin D, dapat menyingkirkan radikal bebas dari dalam tubuh yang berpontensi menyebabkan kerosakan sel dan jaringan tubuh.

Soda Bikabonat Rawat Buah Pinggang


Soda bikabonat bukan sekadar bahan untuk membuat kuih tetapi soda birkabonat juga dapat dimanfaatkan untuk mengurangkan kesakitan yang dialami oleh penderita sakit buah pinggang.Para penyelidik dari England mendapati soda bikabonat dapat melambatkan kemunduran fungsi ginjal pada bahagian penderita secara drastik.134 pesakit buah pinggang kronik yang mengamalkan pengambilan soda bikabonat didalam bentuk tablet setiap hari selama satu tahun mengalami kegagalan fungsi ginjal yang lebih rendah berbanding pesakit yang tidak mengambil soda bikabonat.

Limau Bali Cuci Darah


Limau bali mengandungi zat aktif yang dapat membersihkan sel darah merah yang telah tua dalam tubuh manusia. Zat aktif ini dipercayai dapat menormalkan hematokrit atau mengekalkan peratus sel darah.Keupayaan limau bali mencci darah mengekalkan pertus darah merah mampu mencegah anemia sedangkan jumlah yang tinggi memicu serangan jantung kerana darah mengental.

Mandi Air Pancuran Cantikan Kulit


Selain dapat menjimatkan air,Penggunaan air pancuran sewaktu mandi juga boleh mencantikan kulit. Macamana ini terjadi???ok,ini terjadi apabila kita menggunakan banyak air kita akan memperolehi banyak ion -ve yang banyak manfaatnya kepada kulit. Melalui semburan air pancut itu tadi ion +ve dan ion -ve akan terpisah. Ion -ve akan melayang ke udara dan membuatkan kita lebih segar dan nyaman. Ion -ve akan meninggkat 10 kali ganda menerusi penggunaan air pancuran selama 5 minit.Penggunaan air pancuran juga dapat memberikan urutan pada wajah sehingga wajah dapat bernafas lebih baik.

Penafasan Berkualiti Buang Racun

ok..nak kongsi info dengan blogger semua bahawa bernafas dapat membuang hampir 70% racun yang terdapat di dalam tubuh manusia manakala pernafasan berkualiti dapat menghilangkan racun sepenuhnya.
       Oleh itu tarik nafas dalam-dalam melalui perut. Bernafas dalam dapat membantu merehatkan tubuh,mengurangkan stres dan mengisi sel-sel tubuh dengan oksigen yang mencukupi.
        Bagi mendapatkan hasil efektif,bersandar pada kerusi dalam keadaan tegak.Letakkan tanggan diatas peha,kendurkan perut dan tarik nafas dalam-dalam. Hiruplah udara sehingga diafragma benar-benar menurun. Perut akan berkontraksi ketika anda mengeluarkan nafas.Ia juga efektif bagi mententeramkan hati ketika dilanda stres atau kecewa.

Pendek bukan keturunan


huhu panas betul n3 nie tapi tak berapa panaslah, maaf bagi yang terase tapi saya tak rasa bersalah pun..huhu! tapi yang faktanya pendek atau tingginya seseorang individu itu bukan ditentukan oleh keturunan jangan nak pandai-pandai salahkan keturunan kalau anda pendek kerana ini semua bergantung kepada Gizi yang masuk kedalam tubuh sewaktu proses pembesaran (waktu kecik-kecik nie)   
Pakar tulang halimunan menjelaskan gizi yang tepat dan seimbang seperti dapat mengimbangkan komposisi tenaga,vitamin dan mineral pada makanan dapat memastikan anak membesar dengan tinggi dan berat yang ideal. 

Selain dari gizi makanan anak perlu didedahkan kepada aktiviti olahraga yang boleh merangsang tulang untuk menyerap kalsium dengan lebih baik seperti bola keranjang. kerana ini membantu anak menjadi tinggi kerana terdapat pergerakan seperti lari,lompat dan lempar yang membantu proses penyerapan kalsium dalam tulang yang lebih maksimum disamping memperbaiki koordinasi mata dan anak. 



Jumaat, 23 Julai 2010

Realiti Yang Dihadapi Oleh Orang Islam

Beberapa hari lepas, ramai pulak rakan-rakan di Facebook yang berkongsi komik ini. Komik ini sungguh menarik dan dilukis oleh seorang kartunis Islam yang bernama Nayzak. Komik ini menggambarkan realiti masyarakat dunia terhadap Islam. Mungkin bukan semua, tapi sebahagian besar masyarakat. Oh ya, mungkin komik ini ada kaitan dengan entry sebelum ini berkaitan Cadangan Pembinaan Masjid di tapak Ground Zero.

Tolong sampaikan pada rakan-rakan yang lain mengenai mesej yang ingin disampaikan pelukis sebenar komik ini ye? :)

Because He Is A Muslim





Kalau orang menyalahkan Islam, renungkanlah diri sendiri tanpa menuding jaring kepada orang lain, adakah kita membawa mesej Islam yang sebenar?