~ RAKAN~

Selasa, 27 Julai 2010

cara menaikan kedudukan rahim yang jatuh.


Hiss macam maner saya yang muda-muda ni pun boleh tau petua macam nie?..Untuk pengetahuan u all semua mak saya memang tukan urut sepenuh masa dan petua nie pun  mak saya yang bagitau. kalau kita perempuan nie terjatuh kita sendiri boleh naikkan kedudukan rahim tu. caranya mudah lah boleh diamalkan selalu oleh mereka yang bernama wanita. bukan mereka yang ingin menjadi wanita.. uuppss..jahat pulak mulut ain ni yerk. ok caranya begini 


1.    Dalam kedudukan baring melentang
2.    Angkat kedua-dia belah kaki keatas.
3.    Buat secara perlahan-lahan dan semampu boleh yerk.jangan dipaksa.
4.    Tahan kaki dalam kedudukan tersebut dalam kiraan 10..kalau tak larat buat semampu yang boleh.
5.    Ulang langkah ini dalam 5 kali. 

Ps:-  Buat seperti dalam gambar tapi seelok-eloknya tanggan tu pastikan diletakkan disis.

Hilangkan Kegatalan Gigitan Nyamuk


Petua macam nie bagus tau untuk insan2 yang berkulit sensitif macam saya nie,tak tau lah kalau u all semua nie..yelah pantang kena gigit nyamuk garu lah kan sebab gatal hishh then dah berbekas..sakit hati betul!huhu jadinya jenuh jugak mencari petua. tapi sekarang nie semuanya dihujung jari dan rase seronok nak berkongsi dan caranya senang bangat! Cuma ambil satu sudu garam bukan gula tau. campurkan sedikit air dan pastikan garam tu tak larut sepenuhnya kemudian sental garam tadi pada bahagian yang gatal sebab kena gigit nyamuk tu tadikan. Insya-Allah kesan gatal tu hilang dengan sendirinya.

menghilang kedut dan menghaluskan kulit muka



Petua yang nak dikongsikan ini senang jugak. Cuma ambil sebiji timun dan parut sehingga hancur campurkan bersama sedikit tepung jagung. Bila sudah sebati bampuran tadi sapu keseluruhan pada bahagian muka dan biarkan sehingga kering. Amalkan pada setiap pagi dan hasilnya kulit anda semua akan menjadi bersih,halus dan lembut. Huhu..kalau nak cantik kena rajin no,huhu orang yang kongsi petua nie pun bukannye cantik pun..

Menanggalkan Sel Kulit Mati


Petua yang saya nak kongsikan ni kacang jer dan bahan-bahanya pun senang nak diperolehi.cuma campurkan 2 sudu oat bersama-sama dengan minyak masak. Setelah sebati campurkan sedikit air.sapu adunan tersebut pada muka dan badan. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Bukan je kulit mati boleh tanggal tapi ianya juga bagus bagi melancarkan peredaran darah. Petua ni hendaklah dilakukan 3 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan.