~ RAKAN~

Ahad, 15 Ogos 2010

fadilat bulan Ramadhan



Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 


1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi- 

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS 

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah. 

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya. 

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai. 

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat. 

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat. 

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924. 

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak. 

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja. 

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi. 

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak. 

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Khamis, 12 Ogos 2010

kenapa daging babi itu diharamkan dalam islam ?




Eeeee...gelinya aku tengok result daripada ujian diatas..

test ini dibuat dengan menggunakan 2 keping daging babi dan di siramkan air coke keatasnya..daging itu diperamkan selama 2 jam dan hasilnya keluarlah ulat macam ulat sampah yang bayak giler daripada daging-daging babi tu..

Qiamullail + Gotong royong & Happy Family Hj Burn & Company

heheheh..saje nak kongsi keseronokan family hj burn & company nie...
 

TARIKH            :  7 & 8HB OGOS 2010
MASA              :  (4.30Ptg 7hb Ogos Sehingga 1.00Ptg 8hb Julai 2010)
TEMPAT          :   Masjid Az-Zubair, Cheras, Kuala Lumpur

Atuk,makcik pakcik sepupu sepapat & anak buah bergabung meletup..hahhaha...sebenarnya seronok jugak buat aktivi macam nie.. ini 1st time saya join aktiviti macam nie..kalau sebelum nie asyik ngelat jerk..entah lah..tapi orang kata belum cuba belum tauuuu..kesimpulannya saya rasa seronok dua ronok dan beronok ronok sesangat.. ;)..tengok gelagat adik2 sepupu yang kecik cenonit bangun pagi mandi nak sembahyang..diaorang yang paling riuh..huhu tapi bila dah tengah sembahyang ada macam-macam ragam...ada yang sujud tak bangun2..bila toleh belkang jerk yang cenonit nie semua dah ZZzzzzz...



 hehehe..macam2 ragam (Bawak lari Getah pakai Straw) adisi remaja



Budak2 Kecik Cenonit yang Comel2 

Anak Menantu Hj Burn @ Atuk pertandingan masukkan benang dalam jarum..


Time gotong-royong membersihkan masjid.
 Rajin betul budak2 nie..lagi2 yang tudung biru tu..

Mereka yang sedang sibuk menyusun hadiah

pertandingan melukis utk kanak2

(Bawak lari Getah pakai Straw) adisi kanak2 cenonit
Bowling kelapa edisi kanak2..hehehe semua tangan tak bengkong

Khamis, 5 Ogos 2010

WALI BAND-TAUBAT MAKSIAT(TOMAT)

uJom kita dengar & Hayati lagu nie..tersentuh rasenya..

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat
Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat
Astafighrullahal’adzim
Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka
Astafighrullahal’adzim
Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim


Ari Lasso - Cintailah Aku Sepenuh Hati (HD Video Clip)

Suke lah lagu nie...

Rabu, 4 Ogos 2010

malas

kenapa yerk dua tiga menjak ni rase malas sangat.serba serbi rase malas.kepala nie rasa pening asyik fikir kenapa boleh pening??apa masalah yang sebenarnya.nak melawat membaca blog orang lain bukan main malas lagi..nak buat entry lagi lah tak tau nak buat ape???

Khamis, 29 Julai 2010

Spa Kimie Sri Andaman Kajang

  Jom Pergi Spa Kimie Sri Andaman Kajang
Hair & Beauty Saloon

hai blogger semua,saya just nak share satu tempat spa yang saya selalu pergi dekat area kajang,puas hati betul.Murah tu tak derlah sangat tapi yang pentingnya service yang die bagi memang berbaloi..bayangkan lah  kalau facial completed semua Rm 35.00 Sahaja..Tidur bagun tidur balik pun tak siap-siap lagi..kalau facial tempat lain yang pernah saya pergi Rm35.00 tu setengah jam pun tak sampai.


Facial Pakej:-
Facial Normal = Rm 35.00
Facial Jerawat = Rm 50.00
Diamond Peeling = Rm 45.00
Treatment = Rm 50.00

Resdung :-

Normal=Rm20.00
Treatment=Rm35.00
Lentik Bulu Mata=Rm25.00
Trim Kening=Rm5.00-Rm10.00





PROMOTION!!!

+Sauna
+Lulur
+Mandi Susu/Rempah
+Facial


***RM 140.00 Sahaja***




PERKHIDMATAN:-


*Urut Tradisional=Rm 50.00

*Manggir=Rm40.00

*Mandi Bunga=Rm45.00

*Mandi Susu/Rempah=40.00

*Sauna=Rm25.00

*Sauna Special=Rm35.00

*Lulur/Body Scrub=Rm50.00

Bleaching=Rm50.00

Pakej Badan For Women Only!!


Pakej 1:-
*Sauna/Lulur/Mandi Susu@Rempah
=Rm110.00 Sahaja

Pakej2:-
*Sauna/Lulur/Urut Badan/Mandi Susu@Rempah
=Rm155.00 Sahaja

Pakej3:-
*Sauna/Lulur/Facial/Mangir(Masker)/Mandi Susu@Rempah =Rm180.00 Sahaja

Pakej4:-
*Sauna(Istimewa)/Lulur/Mangir(Masker)/Mandi Susu@Rempah/Urut Badan/Facial
=Rm240.00 Sahaja

Lokasi:- Kimie Sri Andaman bertentangan dengan MAybank Kajang dekat pekan Kajang..

Berminat Sila Hubungi Puan Punya Spa:-
 WANI:
(016-3887456/016-2466243)

Sekian terima kasih,hanya berkongi info dengan blogger semua,yang mana area kajang &Bangi sudi2kan datang merasa service dekat spa nie..Murah,Puas Hati & Berbaloi-Baloi..

For information U all Puan Punya Spa pun tak tau promotion dibuat melalui blog ini..hehe('',)



Penghargaan dari kawan-kawan

Terima kasih,harigatogazaimas kepada kawan2 yang bagi award nie..

Rabu, 28 Julai 2010

Abby Pasang Badan?


Baru-baru nie berita Abby sudah mula bentuk fizikal bentuk badannya. Menurut sumber ketika bertemu Abby di sebuah majlis baru-baru ini, badan pelakon anak tiga itu sudah susut, seperti badan ketika zaman Abby sebelum berkahwin dulu.

Mungkinkah Abby kurus kerana ‘makan hati’ dengan segala macam masalah yang melanda dirinya? Soalan yang sama diajukan GUA kepada sumber yang menyampaikan berita ini.

Kata sumber lagi, tidak mungkin Abby kurus kerana makan hati. Sepanjang majlis berlangsung, Abby kelihatan ceria dan semakin positif dalam menumpuhi perjalanan hidupnya. Malah Abby juga banyak bercerita mengenai kerjaya serta tawaran yang semakin mencurah.

Baguslah kalau benar berita ini. Semoga Abby menemui kebahagiaan yang diidamkan, apatah lagi dia turut menjaga anak hasil perkongsian hidup bersama bekas suami, Norman Hakim. Kata orang, kehadiran anak-anak di sisi adakalanya menjadi pendorong untuk si ibu terus bekerja demi kebahagiaan dan masa depan zuriatnya itu. 

Nak Makan Dekat Mana Nie???

Perut lapar..nak naik kantin tak nak..
sebab tengah boikot..menci menci nyampah..

tapi nak keluar malas lah pulak..perut sakit!!

Kenapa Muka Erra Fazira Dengan Umi Aida lebih Kurang Sama Ek???


aku heran sikitlah dengan artis dua orang nie sebab kalau tanyer buat botox ke tak, taknak pulak mengaku..tapi cuba korang tengok muka durg nie lebih kurang sama kan..hahahha diaorang ni adik beradik ke aper???hishhh..apa2 pun aku tetap suka erra Fazira.tapi lumrahlah artis malaysia memang banyak cocok botox tapi aku nak heran jugak dengan diaorang berdua ni!!!

Femes Amos Betul Si ariel da Porn Star


Hishh..malas nak komen pasal si ariel peterporn nie..tapi aper masalah surat kabar dekat malaysia ni..hari-hari kes dia keluar dekat paper..sampai kan budak-budak sekolah pun tau kes dia..Apahal!memang aku tak puas hati kalau dalam handphone budak sekolah zaman sekarang pun ader video klip dia. Macam bagus pulak die tukan..korang fikir sendiri ek..banyak yang buruk dari yang baik tau..dari budak-budak tau tau jadi tau..Ehmmm..Aku tengok si ariel nie geli tau tak..dah macam gigolo jerk..

hari yang Bosan kini Sudah Datang

Selasa, 27 Julai 2010

cara menaikan kedudukan rahim yang jatuh.


Hiss macam maner saya yang muda-muda ni pun boleh tau petua macam nie?..Untuk pengetahuan u all semua mak saya memang tukan urut sepenuh masa dan petua nie pun  mak saya yang bagitau. kalau kita perempuan nie terjatuh kita sendiri boleh naikkan kedudukan rahim tu. caranya mudah lah boleh diamalkan selalu oleh mereka yang bernama wanita. bukan mereka yang ingin menjadi wanita.. uuppss..jahat pulak mulut ain ni yerk. ok caranya begini 


1.    Dalam kedudukan baring melentang
2.    Angkat kedua-dia belah kaki keatas.
3.    Buat secara perlahan-lahan dan semampu boleh yerk.jangan dipaksa.
4.    Tahan kaki dalam kedudukan tersebut dalam kiraan 10..kalau tak larat buat semampu yang boleh.
5.    Ulang langkah ini dalam 5 kali. 

Ps:-  Buat seperti dalam gambar tapi seelok-eloknya tanggan tu pastikan diletakkan disis. ♥

Hilangkan Kegatalan Gigitan Nyamuk


Petua macam nie bagus tau untuk insan2 yang berkulit sensitif macam saya nie,tak tau lah kalau u all semua nie..yelah pantang kena gigit nyamuk garu lah kan sebab gatal hishh then dah berbekas..sakit hati betul!huhu jadinya jenuh jugak mencari petua. tapi sekarang nie semuanya dihujung jari dan rase seronok nak berkongsi dan caranya senang bangat! Cuma ambil satu sudu garam bukan gula tau. campurkan sedikit air dan pastikan garam tu tak larut sepenuhnya kemudian sental garam tadi pada bahagian yang gatal sebab kena gigit nyamuk tu tadikan. Insya-Allah kesan gatal tu hilang dengan sendirinya.

menghilang kedut dan menghaluskan kulit muka



Petua yang nak dikongsikan ini senang jugak. Cuma ambil sebiji timun dan parut sehingga hancur campurkan bersama sedikit tepung jagung. Bila sudah sebati bampuran tadi sapu keseluruhan pada bahagian muka dan biarkan sehingga kering. Amalkan pada setiap pagi dan hasilnya kulit anda semua akan menjadi bersih,halus dan lembut. Huhu..kalau nak cantik kena rajin no,huhu orang yang kongsi petua nie pun bukannye cantik pun..

Menanggalkan Sel Kulit Mati


Petua yang saya nak kongsikan ni kacang jer dan bahan-bahanya pun senang nak diperolehi.cuma campurkan 2 sudu oat bersama-sama dengan minyak masak. Setelah sebati campurkan sedikit air.sapu adunan tersebut pada muka dan badan. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Bukan je kulit mati boleh tanggal tapi ianya juga bagus bagi melancarkan peredaran darah. Petua ni hendaklah dilakukan 3 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan.

Isnin, 26 Julai 2010

Melebatkan Rambut


Petua nak lebatkan rambut senang je, Tumbuk segenggam daun asin-asin sehingga lumat. Perahkan airnya campurkan dengan dengan semangkuk santan kelapa. Kemudian lumurkan air ini pada keseluruhan rambut sehingga sehingga mengenai kulit kepala.Biarkan beberapa minit dan bilas dengan air suam sehingga bersih.