Hiss macam maner saya yang muda-muda ni pun boleh tau petua macam nie?..Untuk pengetahuan u all semua mak saya memang tukan urut sepenuh masa dan petua nie pun mak saya yang bagitau. kalau kita perempuan nie terjatuh kita sendiri boleh naikkan kedudukan rahim tu. caranya mudah lah boleh diamalkan selalu oleh mereka yang bernama wanita. bukan mereka yang ingin menjadi wanita.. uuppss..jahat pulak mulut ain ni yerk. ok caranya begini
1.Dalam kedudukan baring melentang
2.Angkat kedua-dia belah kaki keatas.
3.Buat secara perlahan-lahan dan semampu boleh yerk.jangan dipaksa.
4.Tahan kaki dalam kedudukan tersebut dalam kiraan 10..kalau tak larat buat semampu yang boleh.
5.Ulang langkah ini dalam 5 kali.
Ps:- Buat seperti dalam gambar tapi seelok-eloknya tanggan tu pastikan diletakkan disis. ♥
Petua macam nie bagus tau untuk insan2 yang berkulit sensitif macam saya nie,tak tau lah kalau u all semua nie..yelah pantang kena gigit nyamuk garu lah kan sebab gatal hishh then dah berbekas..sakit hati betul!huhu jadinya jenuh jugak mencari petua. tapi sekarang nie semuanya dihujung jari dan rase seronok nak berkongsi dan caranya senang bangat! Cuma ambil satu sudu garam bukan gula tau. campurkan sedikit air dan pastikan garam tu tak larut sepenuhnya kemudian sental garam tadi pada bahagian yang gatal sebab kena gigit nyamuk tu tadikan. Insya-Allah kesan gatal tu hilang dengan sendirinya.
Petua yang nak dikongsikan ini senang jugak. Cuma ambil sebiji timun dan parut sehingga hancur campurkan bersama sedikit tepung jagung. Bila sudah sebati bampuran tadi sapu keseluruhan pada bahagian muka dan biarkan sehingga kering. Amalkan pada setiap pagi dan hasilnya kulit anda semua akan menjadi bersih,halus dan lembut. Huhu..kalau nak cantik kena rajin no,huhu orang yang kongsi petua nie pun bukannye cantik pun..
Petua yang saya nak kongsikan ni kacang jer dan bahan-bahanya pun senang nak diperolehi.cuma campurkan 2 sudu oat bersama-sama dengan minyak masak. Setelah sebati campurkan sedikit air.sapu adunan tersebut pada muka dan badan. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Bukan je kulit mati boleh tanggal tapi ianya juga bagus bagi melancarkan peredaran darah. Petua ni hendaklah dilakukan 3 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan.
Petua nak lebatkan rambut senang je, Tumbuk segenggam daun asin-asin sehingga lumat. Perahkan airnya campurkan dengan dengan semangkuk santan kelapa. Kemudian lumurkan air ini pada keseluruhan rambut sehingga sehingga mengenai kulit kepala.Biarkan beberapa minit dan bilas dengan air suam sehingga bersih.
Berita gembira bagi penggemar popcorn kerana mengikut kajian dari Amerika mendapati popcorn mengandungi polyphenols, sejenis antioksida setara buah-buahan dan sayur-sayuran. Polyphenols yang memiliki efek antioksidan sehingga sepuluh kali ganda seperti vitamin C dan vitamin D, dapat menyingkirkan radikal bebas dari dalam tubuh yang berpontensi menyebabkan kerosakan sel dan jaringan tubuh.
Soda bikabonat bukan sekadar bahan untuk membuat kuih tetapi soda birkabonat juga dapat dimanfaatkan untuk mengurangkan kesakitan yang dialami oleh penderita sakit buah pinggang.Para penyelidik dari England mendapati soda bikabonat dapat melambatkan kemunduran fungsi ginjal pada bahagian penderita secara drastik.134 pesakit buah pinggang kronik yang mengamalkan pengambilan soda bikabonat didalam bentuk tablet setiap hari selama satu tahun mengalami kegagalan fungsi ginjal yang lebih rendah berbanding pesakit yang tidak mengambil soda bikabonat.
Limau bali mengandungi zat aktif yang dapat membersihkan sel darah merah yang telah tua dalam tubuh manusia. Zat aktif ini dipercayai dapat menormalkan hematokrit atau mengekalkan peratus sel darah.Keupayaan limau bali mencci darah mengekalkan pertus darah merah mampu mencegah anemia sedangkan jumlah yang tinggi memicu serangan jantung kerana darah mengental.
Selain dapat menjimatkan air,Penggunaan air pancuran sewaktu mandi juga boleh mencantikan kulit. Macamana ini terjadi???ok,ini terjadi apabila kita menggunakan banyak air kita akan memperolehi banyak ion -ve yang banyak manfaatnya kepada kulit. Melalui semburan air pancut itu tadi ion +ve dan ion -ve akan terpisah. Ion -ve akan melayang ke udara dan membuatkan kita lebih segar dan nyaman. Ion -ve akan meninggkat 10 kali ganda menerusi penggunaan air pancuran selama 5 minit.Penggunaan air pancuran juga dapat memberikan urutan pada wajah sehingga wajah dapat bernafas lebih baik.
ok..nak kongsi info dengan blogger semua bahawa bernafas dapat membuang hampir 70% racun yang terdapat di dalam tubuh manusia manakala pernafasan berkualiti dapat menghilangkan racun sepenuhnya. Oleh itu tarik nafas dalam-dalam melalui perut. Bernafas dalam dapat membantu merehatkan tubuh,mengurangkan stres dan mengisi sel-sel tubuh dengan oksigen yang mencukupi. Bagi mendapatkan hasil efektif,bersandar pada kerusi dalam keadaan tegak.Letakkan tanggan diatas peha,kendurkan perut dan tarik nafas dalam-dalam. Hiruplah udara sehingga diafragma benar-benar menurun. Perut akan berkontraksi ketika anda mengeluarkan nafas.Ia juga efektif bagi mententeramkan hati ketika dilanda stres atau kecewa.
huhu panas betul n3 nie tapi tak berapa panaslah, maaf bagi yang terase tapi saya tak rasa bersalah pun..huhu! tapi yang faktanya pendek atau tingginya seseorang individu itu bukan ditentukan oleh keturunan jangan nak pandai-pandai salahkan keturunan kalau anda pendek kerana ini semua bergantung kepada Gizi yang masuk kedalam tubuh sewaktu proses pembesaran (waktu kecik-kecik nie) Pakar tulang halimunan menjelaskan gizi yang tepat dan seimbang seperti dapat mengimbangkan komposisi tenaga,vitamin dan mineral pada makanan dapat memastikan anak membesar dengan tinggi dan berat yang ideal.
Selain dari gizi makanan anak perlu didedahkan kepada aktiviti olahraga yang boleh merangsang tulang untuk menyerap kalsium dengan lebih baik seperti bola keranjang. kerana ini membantu anak menjadi tinggi kerana terdapat pergerakan seperti lari,lompat dan lempar yang membantu proses penyerapan kalsium dalam tulang yang lebih maksimum disamping memperbaiki koordinasi mata dan anak.
Beberapa hari lepas, ramai pulak rakan-rakan di Facebook yang berkongsi komik ini. Komik ini sungguh menarik dan dilukis oleh seorang kartunis Islam yang bernama Nayzak. Komik ini menggambarkan realiti masyarakat dunia terhadap Islam. Mungkin bukan semua, tapi sebahagian besar masyarakat. Oh ya, mungkin komik ini ada kaitan dengan entry sebelum ini berkaitan Cadangan Pembinaan Masjid di tapak Ground Zero.
Tolong sampaikan pada rakan-rakan yang lain mengenai mesej yang ingin disampaikan pelukis sebenar komik ini ye? :)
Because He Is A Muslim
Kalau orang menyalahkan Islam, renungkanlah diri sendiri tanpa menuding jaring kepada orang lain, adakah kita membawa mesej Islam yang sebenar?
Yang pompuan sudah kawen tu bagi hubby u all baca dan lelaki perlu/wajib bace..hhuhu..selambe jerk wajib ek..huiss harus lah biar lelaki lebih menghargai wanita sebagai insan yang lebih istimewa.
teringat pasal satu story...seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak- anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi,;;; masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya... ...sepi tiada jawapan masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak bercuci.
mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam .lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.."awak sakit ke?"..tanya lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas "kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ....NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......
"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan... Best baca sampai abis!!!. It's true. To share..Dari Ilham seorang lelaki.. As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening.Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madam takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmla h!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis,tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil...Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun,wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas,forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Everynite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya.. So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita,sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!! And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi...penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak rela!!! So to all mums and wives out there... life will be meaningless without you . Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena!Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna.Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya , tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!!FreeDoMmm mmm! !! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!! But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous,then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!! Sekian terima kasih.
Bulan ramadhan dah nak dekatkan..so kepada manusia-manusia yang belum ganti puasa macam saya lagi dipersilakan lah sebelum terlambat..huk..huk.saya lah tu salah seorang manusia yang tergolong dalam mereka diatas..ok sebab hari ini saya berpuasa dan hari ini juga ada pasar malam dekat area umah saya..huhu dalam kepala otak nie dah buat dah senarai makanan yang ingin dimakan dibeli..hahahaha..ok dalam senarai yang paling atas dan seterusnya