~ RAKAN~

Isnin, 26 Julai 2010

Melebatkan Rambut


Petua nak lebatkan rambut senang je, Tumbuk segenggam daun asin-asin sehingga lumat. Perahkan airnya campurkan dengan dengan semangkuk santan kelapa. Kemudian lumurkan air ini pada keseluruhan rambut sehingga sehingga mengenai kulit kepala.Biarkan beberapa minit dan bilas dengan air suam sehingga bersih.

Ahad, 25 Julai 2010

Popcorn Kaya Antioksidan


Berita gembira bagi penggemar popcorn kerana mengikut kajian  dari Amerika mendapati popcorn mengandungi polyphenols, sejenis antioksida setara buah-buahan dan sayur-sayuran. Polyphenols yang memiliki efek antioksidan sehingga sepuluh kali ganda seperti vitamin C dan vitamin D, dapat menyingkirkan radikal bebas dari dalam tubuh yang berpontensi menyebabkan kerosakan sel dan jaringan tubuh.

Soda Bikabonat Rawat Buah Pinggang


Soda bikabonat bukan sekadar bahan untuk membuat kuih tetapi soda birkabonat juga dapat dimanfaatkan untuk mengurangkan kesakitan yang dialami oleh penderita sakit buah pinggang.Para penyelidik dari England mendapati soda bikabonat dapat melambatkan kemunduran fungsi ginjal pada bahagian penderita secara drastik.134 pesakit buah pinggang kronik yang mengamalkan pengambilan soda bikabonat didalam bentuk tablet setiap hari selama satu tahun mengalami kegagalan fungsi ginjal yang lebih rendah berbanding pesakit yang tidak mengambil soda bikabonat.

Limau Bali Cuci Darah


Limau bali mengandungi zat aktif yang dapat membersihkan sel darah merah yang telah tua dalam tubuh manusia. Zat aktif ini dipercayai dapat menormalkan hematokrit atau mengekalkan peratus sel darah.Keupayaan limau bali mencci darah mengekalkan pertus darah merah mampu mencegah anemia sedangkan jumlah yang tinggi memicu serangan jantung kerana darah mengental.

Mandi Air Pancuran Cantikan Kulit


Selain dapat menjimatkan air,Penggunaan air pancuran sewaktu mandi juga boleh mencantikan kulit. Macamana ini terjadi???ok,ini terjadi apabila kita menggunakan banyak air kita akan memperolehi banyak ion -ve yang banyak manfaatnya kepada kulit. Melalui semburan air pancut itu tadi ion +ve dan ion -ve akan terpisah. Ion -ve akan melayang ke udara dan membuatkan kita lebih segar dan nyaman. Ion -ve akan meninggkat 10 kali ganda menerusi penggunaan air pancuran selama 5 minit.Penggunaan air pancuran juga dapat memberikan urutan pada wajah sehingga wajah dapat bernafas lebih baik.

Penafasan Berkualiti Buang Racun

ok..nak kongsi info dengan blogger semua bahawa bernafas dapat membuang hampir 70% racun yang terdapat di dalam tubuh manusia manakala pernafasan berkualiti dapat menghilangkan racun sepenuhnya.
       Oleh itu tarik nafas dalam-dalam melalui perut. Bernafas dalam dapat membantu merehatkan tubuh,mengurangkan stres dan mengisi sel-sel tubuh dengan oksigen yang mencukupi.
        Bagi mendapatkan hasil efektif,bersandar pada kerusi dalam keadaan tegak.Letakkan tanggan diatas peha,kendurkan perut dan tarik nafas dalam-dalam. Hiruplah udara sehingga diafragma benar-benar menurun. Perut akan berkontraksi ketika anda mengeluarkan nafas.Ia juga efektif bagi mententeramkan hati ketika dilanda stres atau kecewa.

Pendek bukan keturunan


huhu panas betul n3 nie tapi tak berapa panaslah, maaf bagi yang terase tapi saya tak rasa bersalah pun..huhu! tapi yang faktanya pendek atau tingginya seseorang individu itu bukan ditentukan oleh keturunan jangan nak pandai-pandai salahkan keturunan kalau anda pendek kerana ini semua bergantung kepada Gizi yang masuk kedalam tubuh sewaktu proses pembesaran (waktu kecik-kecik nie)   
Pakar tulang halimunan menjelaskan gizi yang tepat dan seimbang seperti dapat mengimbangkan komposisi tenaga,vitamin dan mineral pada makanan dapat memastikan anak membesar dengan tinggi dan berat yang ideal. 

Selain dari gizi makanan anak perlu didedahkan kepada aktiviti olahraga yang boleh merangsang tulang untuk menyerap kalsium dengan lebih baik seperti bola keranjang. kerana ini membantu anak menjadi tinggi kerana terdapat pergerakan seperti lari,lompat dan lempar yang membantu proses penyerapan kalsium dalam tulang yang lebih maksimum disamping memperbaiki koordinasi mata dan anak. 



Jumaat, 23 Julai 2010

Realiti Yang Dihadapi Oleh Orang Islam

Beberapa hari lepas, ramai pulak rakan-rakan di Facebook yang berkongsi komik ini. Komik ini sungguh menarik dan dilukis oleh seorang kartunis Islam yang bernama Nayzak. Komik ini menggambarkan realiti masyarakat dunia terhadap Islam. Mungkin bukan semua, tapi sebahagian besar masyarakat. Oh ya, mungkin komik ini ada kaitan dengan entry sebelum ini berkaitan Cadangan Pembinaan Masjid di tapak Ground Zero.

Tolong sampaikan pada rakan-rakan yang lain mengenai mesej yang ingin disampaikan pelukis sebenar komik ini ye? :)

Because He Is A Muslim





Kalau orang menyalahkan Islam, renungkanlah diri sendiri tanpa menuding jaring kepada orang lain, adakah kita membawa mesej Islam yang sebenar?


Khamis, 22 Julai 2010

DIARI SEORANG LELAKI


Yang  pompuan sudah kawen tu bagi hubby u all baca dan lelaki perlu/wajib bace..hhuhu..selambe jerk wajib ek..huiss harus lah biar lelaki lebih menghargai wanita sebagai insan yang lebih istimewa.

teringat pasal satu story...seorang lelaki balik  rumah...dia jadi hairan giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos  tak berambil,anak- anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang  camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak  bermandi,;;; masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi  teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya... ...sepi tiada jawapan  masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk  tidak bercuci.
mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang  dimasak masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam  .lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat  isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.."awak sakit  ke?"..tanya lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas "kenapa teruk  sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di  dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balas isterinya "wahai suamiku,  semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah  seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di  pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang  menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ....NAH, HARI INI SAYA  TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......   


"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus  membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak .  Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi  hayat di kandung badan...

Best baca sampai abis!!!. It's true. To  share..Dari Ilham seorang lelaki..

As for me is different, if my  wife is not at home, rumah boleh jadik
porak peranda. Memang true, jika  isteri ada dirumah, kepala slalu
pening.Pantang kalau isteri ada kat  rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau  madam takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang  kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah  fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmla h!!

But hairan  bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",aku pulak terasa  separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the  kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise.  Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, I felt something is  missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm' , tak  tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis,tak tahu kat mana dia  stock up. Air suam dah abis, malas nak boil...Masuk hari ke-4, rindu mula  terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun,wajahnya yang dah  ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah  dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas,forever melekat kat  hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak  tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best.

Nasik bungkus  faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat  kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju  kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai.

Toilet dah  mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Everynite, very the  lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru  lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun....belum seminggu  isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan.

Bila  bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar  betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah isteri kita rasa  bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..

So guys out  there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah.  Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli  ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita,sweetheart kita...  Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar  gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik  rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak  ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit.  Tak kesian ker nengok bini kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik  kena buat keja rumah lagi...penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik  seorang wanita...tak rela!!!

So to all  mums and wives out there... life will be meaningless without you  .  

Bagaimana  rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was  small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena!Usahkan seminggu,  dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak   bermakna.Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak  HAPPINESS!!!

Kalau mak tak  ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24hours tak  habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh pecah  eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya ,  tingkap pun boleh tercabut...
And if mak takde, BangZaiiiiii! !!  MerdeKa!!!FreeDoMmm mmm! !! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai  senja, boleh tido rumah kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola  mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling  shiookkk, boleh ponteng solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah  terasa
kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak.  Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru  kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri   rumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni tak  ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang  nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous,then we realised,  jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup  lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah  dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.  
Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our  life!!
Sekian terima kasih.  

~~Nafsu Insan Yang Berpuasa~~


Bulan ramadhan dah nak dekatkan..so kepada manusia-manusia yang belum ganti puasa macam saya lagi dipersilakan lah sebelum terlambat..huk..huk.saya lah tu salah seorang manusia yang tergolong dalam mereka diatas..ok sebab hari ini saya berpuasa dan hari ini juga ada pasar malam dekat area umah saya..huhu dalam kepala otak nie dah buat dah senarai makanan yang ingin dimakan dibeli..hahahaha..ok dalam senarai yang paling atas dan seterusnya

Huhu..semestinyalah Nasi Kerabu..Sedapnyer terliur aku..
Yum..yum..sebagai pencuci mulutnyer..saya nak makan kuih lompat tikam..sodap ea!

Ps:- hehhe..tak sabar rasanye nak shopping dekat pasarmalam..



Selasa, 20 Julai 2010

Luahan Hati dan PerasaaN


hish..hari nie saya betul-betul geram dengan mak cik kantin nie..orang semua dah lunch saya breakfast pun belom lagi ni..adake patut  saya yang datang dulu orang lain yang dapat makan..sampai turn saya makanan dah abis.. memang cari hal betul.kalau awak tu meniaga dekat kantin masak lah banyak sikit..ini tak baru 5 orang makan.  makanan dah abis..mana tanggunjawab awak kan!!..tak patut betulah..barubaper hari lepas kawan satu opis makan nasi berlaukkan mihun sebab lauk dah abis (macam makan dekat dalam hutan jerk).lepas tu duk membebel dekat kitaorang yang makan awal alasannya kitaorang yang  habis makanan tu..hello kami orang semua makan berbayar ok..bukan free,lantak lah nak amik makanan banyak mana,tak kan nak catu makanan kitaorang plak kan..Senggal betull..haritu saya naik pukul 1.15 petang lauk dah abis.mintak gorengkan telur dada die tak nak..Hangginn lah..kalau bos bukan baik punyer die layan..hishh..banyak lah benda yang menyakitkan hati tak ingat dah banyak sangat.nak jumpe bos suh bos buka tender baru bagi dekat orang yang betul-betul nak niaga..lemak banyak sangat dah die tu meniaga sampai 15 tahun dah tapi service makin hari makin teruk.

teksi Di China


Kerana telalu banyak persaingan diantar teksi yang beroperasi secara haram. kerajaan negeri cina menjemputseramai 50 orang pemandu teksi yang beroperasi secara sah untuk menghapuskan 140 buah teksi yang dipandu secara haram..haha..aperlagi dah kn...
Hishh Nasib baik Malaysia tak sampai tahap macam nie..huhu kalo tak haru biru..tapi hari nie dengan dalam berita ramai warga asing memandu teksi secara haram dekat area lembah klang..selamat ker Macam nie???