~ RAKAN~

Selasa, 20 Julai 2010

Gadis terkecil di Dunia


Jyoti Amge  15 tahun setinggi 1 kaki 111/2 inci dengan berat lebih kurang seketul batu. Doktor-doktor percaya Jyoti ialah satu kerdil pituitari tetapi tidak pernah berupaya mengenal pasti keadaannya.Kekerdilan sedemikian adalah disebabkan badannya gagal menjanakan hormon pertumbuhan cukup.Jyoti "berkata apabila dia sedar keadaannya tidak sama seperti kanak-kanak lain dan dia ingat dia juga akan membesar".

Jyoti berada ditengah-tengah bersama-sama rakan sekelas dengan baju sekolah yang direka khas untuknya.

Jyoti berada ditengah-tengah kelas dengan meja dan kerusi sekolah yang direka khas untuknya. siapa kata jyoti dilayan seperti orang asing??hahaha..

Jyoti sedang menyiapkan kerja-kerja sekolah berkata walaupun saiz buku dan pencil adalah terlalu besar untuknya namum saiz ini adalah sama digunakan satu dunia,dan dia beranggapan mengapa perlu dia menggunakan barang-barang itu dengan saiz yang berbeza??..hoho.

Jyoti  bersama-sama anak kepada jirannya yang berumur 13bulan..biar betul!


Jyoti ke sekolah dengan menaiki motosikal bersama abang dan juga kakaknya.

Ahad, 18 Julai 2010

Lembu Pun Ader Bina Badan Jugak


Hahaha...lawak tengok lembu lebu dari spain nie pun ader bina badan jugak.pelik tapi benar.
 







Kalau macam nie lah rupanya lembu tu..hishh nak makan pun goli.Eeee..x sanggup takut berotot2
Ps: sorry saya paling geli tengok lelaki berotot (seram) inikan pulak lembu berotot..huhu pengsan nanti!
 





Lagu Cinta Aku



Tertiba teringat dekat  yang tersayang..die terasa hati dengan saya sebab calarkan kerate dia(sumpah tak senggaja).Dah Dua hari dah kita orang macam dinggin jer.Nak buat macam maner bagi lah masa hati die sejuk dulu..tapi rindu plak kat die tertiba.mesti die pun tengah rindu kat saya jugak kan..almaklumlah lelaki ego..Nak kena pujuk bebetul.tapi serius saya pun malas nak pujuk beria-ria sebab saya pun terasa hati sebab kereta die layan saya sedemikian rupa...huhuhu sedey..sok sek seb sob..Nak nangis!!hoho

Teringat saat2 romantik die nyanyikan lagu sebelum tidur..hahaha!

Lagu Dealova nie boleh diketegorikan sebagai lagu cinta saya..huhu(‘’,) Dia pernah nyanyikan lagu nie untuk saya beberapa kali sebelum tidur and mesti ek kalau karoke di tuju kn khas buat saya..huhu..lov u sayang!cepat2 lah hilang marah and sakit hatinye tu..penat dah macam nie.


(DEALOVA BY ONCE)

Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh… Karena hati tlah letih
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh… Bayangmu seakan-akan
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Oh…
Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang… dan sepi
Dan sepi…
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Selalu ada…
Kau selalu ada…
Selalu ada…
Kau selalu ada…
Sya… na na na

Gerak Jari Singkap Rahsia Diri



1. Memicit atau suka memegang hidung
i)Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang    dilakukan.
ii)Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.

2. Meletak tangan pada bahu kawan
i)Suka ikut kepala sendiri
ii)Pentingkan diri sendiri
iii)Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat

3. Bermain dgn tangannya
i)Mempunyai tahap humor yang tinggi
ii)Pandai berjenaka
iii)Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa am bil hati
iv)Jenis open minded

4. Mematahkan jari jemarinya
i)Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain
ii)Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja

5. Menggigit kuku
i)Gugup dan gementar bila berbicara
ii)Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati


6. Memintal hujung rambut
i)Suka berkhayal
ii)Sukar diperdayakan
iii)Keras kepala

7. Menongkat dagu
i)Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya
ii)Suka mendengar masalah teman2
iii)Setia dlm persahabatan

8. Suka letakkan tangan atas meja
i)Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri
ii)Seorang yg Peramah
iii)Suka bergantung pada orang lain

9. Menggosok 2 telapak tangan
i)Ramah dan berfikiran matang
ii)Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit2
iii)Mudah memahami perasaan org lain dan suka membantu

10. Memutar cincin
i)sangat menepati janji
ii)berhati2 dlm tutur kata
iii)gemar hidup yang teratur

8 petua Melayu yang boleh diamalkan oleh anak Dara



Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua melayu lama untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.

Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

1. Bangkit Bersambut
2. Wajah Suci
3. Menyegarkan Payudara
4. Taman Semerbak
5. Lubang Jarum
6. Suara Perindu
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
8. Payudara Montok

1. Bangkit Bersambut

Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci

Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara

Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paipke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak

Mewangi Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum

Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu

Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi

Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jimak setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok

Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.
::::Info dari Email::::

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...dengan setiap yang berlaku dan cuba cari yang positif dalam sesuatu.


 1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.
5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh
mendengar.
7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.
9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...



"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

Jumaat, 16 Julai 2010

Tahap Indeks Cemburu Lelaki


Yoyo O jerk sapa kater lelaki tak cemburu...kalau tak percaya tengok lah sendiri indeks cemburu kaum lelaki.....lihatlah indeks cemburu kekasih hati.


Tips nak Tahu Orang Tu Menipu atau pun Tidak


Dia mungkin berbohong


BANYAK cara sebenarnya untuk `membaca' seseorang sama ada dia seorang yang baik, jujur atau sebenarnya seorang pembohong. Seseorang yang gemar berbohong, biasanya sudah mempersiapkan pelbagai cerita sebelum berjumpa dengan orang yang akan ditemuinya.

Namun, dalam hal tertentu seperti menjawab pertanyaan atau membuat pengakuan spontan, reaksi manusia berbohong sebenarnya boleh kita kenal pasti.

Berikut adalah tip-tip cara mengenali seseorang yang sedang berbohong:

Nada suara

Biasanya dari intonasi vokalnya, anda akan tahu apakah perkataannya benar atau tidak. Sebagai sahabat atau pasangan, anda mungkin sudah mengenali bagaimana karakter seseorang itu melalui suaranya ketika memberi penjelasan.

Enggan berjumpa

Apabila anda mengajaknya keluar untuk bertemu, pasti dia akan banyak memberi alasan. Dengan tiba-tiba, tingkah lakunya berubah tanpa diduga. Mungkin kerana merasa bersalah, pembohong tidak suka berdekatan dengan orang yang dibohonginya.

Menyentuh hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ia membesar. Fenomena itu juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut

Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi, kita sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap

Apabila seseorang yang bercakap lancar tiba-tiba menjadi gagap, itu merupakan tanda-tanda bahawa dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya, tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan itu disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut sedang berbohong.

Pergerakan mata

Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kerlipan mata berkurangan daripada kadar biasa, itu mungkin tanda berbohong.

Ada juga keadaan yang mana sekiranya mata seseorang tiba-tiba mengerdip dengan banyak, itu merupakan tanda-tanda kemungkinan bahawa dia sedang berbohong. Kerlipan mata yang normal tidak menunjukkan dirinya berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan

Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah

Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk tatkala berhadapan dengan sesuatu soalan, kemungkinan itu merupakan seseorang sedang berbohong.

Ps: Kepada yang menipu tu,orang bukannya tak tau yang kau sedang menipu tapi bak kata fafau Layan jerk.....

Khamis, 15 Julai 2010

Jangan Berputus Asa






Jika Anda sedang mengusahakan sesuatu kemudian hasilnya tak menjadi, jangan putus asa.Sebaliknya, beri ruang pada diri Anda untuk `recover'.

Berehat sebentar, ambil angin, pergilah berjalan-jalan. Ketawalah, bersukan, memancing. Lakukan aktiviti riadah seketika.

Biar inspirasi hadir semula. Tiap kali kita nampak hasil usaha kita tak seperti yang kita mahukan, kita akan terdorong untuk tidak terus melakukannya.

Inilah pendorong kepada sikap putus asa. Jangan berhenti terus. Sebaliknya ambil masa untuk berehat sebentar.

Bila dah selesai berehat, sambung usaha. Jikalau hasilnya masih tak seperti yang kita mahukan, berehat lagi, kemudian usaha lagi.

Kebanyakan orang cepat putus asa sebab mereka tak tahan berdepan dengan rasa sakit hati apabila usaha tidak mendatangkan hasil ataupun hasil yang muncul tak seperti di mahukan.

Sakit hati tu akan hilang dengan sendirinya apabila kita memberi ruang pada jiwa kita untuk `recover' dalam masa kita berehat-rehat.

73 peratus wanita tak puas di ranjang???



KUALA LUMPUR – Sebanyak 73 peratus wanita di negara ini didapati tidak mencapai kepuasan dalam aktiviti seksual mereka.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer Malaysia pada Mei hingga Julai tahun lalu, masalah itu turut dialami lelaki negara ini.

Sebanyak 62 peratus lelaki Malaysia turut dikatakan tidak puas di ranjang.

Pakar seksologi dari Pusat Kesihatan Seksual Australia, Dr. Rosie King berkata, peratusan tersebut menunjukkan kadar yang tinggi berbanding purata peratus keseluruhan tahap kepuasan seks yang diperoleh di Asia Pasifik iaitu 57 peratus bagi lelaki dan 64 peratus bagi wanita.

Katanya, fenomena tersebut berlaku berikutan kebanyakan lelaki dan wanita di Malaysia lebih mengutamakan kerjaya dan kehidupan keluarga.

“Hasil kajian ini mencerminkan kepesatan pembangunan dan ekonomi di Malaysia di mana keterbatasan masa turut mempengaruhi aktiviti seks.

“Bagi lelaki di negara ini, aktiviti seksual berada pada tahap 8 daripada 17 keutamaan hidup dengan kerjaya dan keluarga berada pada tahap yang tertinggi,” katanya dalam satu perbincangan bertajuk Enjoying Better Sex: 10 Years of Rediscovering Passion di sini semalam.

Kajian itu dilakukan oleh syarikat farmaseutikal Pfizer Malaysia melalui The Asia-Pacific Sexual Health and Overall Wellness (AP SHOW) ke atas 102 responden lelaki dan 100 responden wanita pelbagai kaum di negara ini yang dipilih secara rawak.

Kaji selidik tersebut dijalankan untuk mendapatkan maklumat berhubung kesihatan seksual dan kesihatan keseluruhan lelaki dan wanita di Asia Pasifik.

Menurut King, bagi wanita Malaysia, aktiviti seksual berada pada tahap 14 daripada 17 senarai keutamaan hidup mereka.

PS: Sumber dari Blog !! Sang Fakta!!

Kurus Hanya Dengan Straw



Sumber gambar dari Simple Me!!

Tadi masa blogwalking tersinggah di blog Simple Mie.
Actually, membalas blogwalking dan rasanya first time melawat blog dia.
Tup2 ada entry pasal petua kempiskan perut guna straw.

Macam senang sahaja nak amalkan petua tu.
Teringin juga berperut kempis.
Sekarang ini bukan tak kempis tapi tak berapa kempis sangat la..
haha..
(oooit..siapa nak mengaku kekurangan diri sendiri kan..? haha!)

Oklah, ada sesiapa rasa-rasa nak cuba petua itu?
Bolehlah ke link kat atas nun.
Tulisan kaler Merah tu.

Kalau dah nampak kesan tu share la testimonial.
Diri sendiri nak amalkan belum tentu lagi rajinnya.
(dasar pemalas memang begitulah..rajin bila ada mood sahaja. Macam mana nak nampak hasilnya kan)