Assalamualaikum.
Semoga anda berada di dalam keadaan sihat.
Hari ini saya tercari-cari di Google, doa dan amalan ketika mengandung.
Saya rasa sebagai umat Islam kita perlu mengamalkan pembacaan al-Quran.
Kerana saya pernah terbaca, ada pengusaha lembu yang memainkan bacaan
al-Quran di kandang peliharaan lembu supaya lembu-lembu tersebut dapat
menghasilkan daging yang enak dan lembut.
Jika lembu sendiri sukakan bacaan al-Quran, inikan pula kita sebagai manusia.

Teknik ini memang sudah diamalkan dikalangan bangsa Jepun dan Yahudi,
contohnya mereka memainkan muzik klasik daripada Mozart, dan Beethoven
bagi merangsang bayi di dalam kandungan dikalangan wanita mereka.
Tetapi kita sebagai umat Islam, tak perlulah terlalu taksub memainkan
muzik Mozart, atau Beethoven. Lebih baik kita amalkan membaca al-Quran,
selain daripada memperolehi anak yang sihat dan bijak dapat pahala pula
tu.

Info ini saya perolehi daripada blog lain, di bawah ini saya kongsikan surah-surah yang boleh diamalkan ketika mengandung:
- Surah Yusuf: Untuk mendapatkan anak yang cantik.
- Surah Luqman: Untuk mendapatkan anak yang bijak.
- Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh.
- Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT).

Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan
keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu
pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu
bersyukur.
- Surah al-Fatihah
- Surah Yaasin
- Surah Kursi

Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan
Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian
makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala
yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat
memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang
mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang
mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu
Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi;
dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara
keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha
Besar (kekuasaanNya)
- Surah Al-Araaf ayat 189

Maksudnya: Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari
(hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu
pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra
yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya,
mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan
keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan
menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan
berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami
nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.
- Surah Al-Imran ayat 8-9, dan 38: Doa memohon anak yang baik.

Maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk
kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu;
sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan
menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari
(hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak
memungkiri janjiNya.

Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya,
katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat
keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima)
doa permohonan”.
- Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan
sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami,
perkenankanlah doa permohonanku.
- Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang
Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan
kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada
kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami;
sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
- Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik.

Maksudnya: Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;

Maksudnya: Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;

Maksudnya: Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta
meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu
pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu
bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
- Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak
yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan
anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah
orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami
beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara
yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi
orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
Semoga bermanfaat, salam…
info copy paste dari blog http://adamhawa.net/2011/10/28/doa-dan-amalan-ketika-mengandung.html#comment-2070
sama-sama kita amalkan...