Tertiba teringat dekat yang tersayang..die terasa hati dengan saya sebab calarkan kerate dia(sumpah tak senggaja).Dah Dua hari dah kita orang macam dinggin jer.Nak buat macam maner bagi lah masa hati die sejuk dulu..tapi rindu plak kat die tertiba.mesti die pun tengah rindu kat saya jugak kan..almaklumlah lelaki ego..Nak kena pujuk bebetul.tapi serius saya pun malas nak pujuk beria-ria sebab saya pun terasa hati sebab kereta die layan saya sedemikian rupa...huhuhu sedey..sok sek seb sob..Nak nangis!!hoho
Teringat saat2 romantik die nyanyikan lagu sebelum tidur..hahaha!
Lagu Dealova nie boleh diketegorikan sebagai lagu cinta saya..huhu(‘’,) Dia pernah nyanyikan lagu nie untuk saya beberapa kali sebelum tidur and mesti ek kalau karoke di tuju kn khas buat saya..huhu..lov u sayang!cepat2 lah hilang marah and sakit hatinye tu..penat dah macam nie.
(DEALOVA BY ONCE)
Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh… Karena hati tlah letih
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh… Bayangmu seakan-akan
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Oh…
Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang… dan sepi
Dan sepi…
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Selalu ada…
Kau selalu ada…
Selalu ada…
Kau selalu ada…
1. Memicit atau suka memegang hidung
i)Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.
ii)Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.
2. Meletak tangan pada bahu kawan
i)Suka ikut kepala sendiri
ii)Pentingkan diri sendiri
iii)Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat
3. Bermain dgn tangannya i)Mempunyai tahap humor yang tinggi
ii)Pandai berjenaka
iii)Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa am bil hati
iv)Jenis open minded
4. Mematahkan jari jemarinya
i)Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain
ii)Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja
5. Menggigit kuku
i)Gugup dan gementar bila berbicara
ii)Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati
6. Memintal hujung rambut
i)Suka berkhayal
ii)Sukar diperdayakan
iii)Keras kepala
7. Menongkat dagu
i)Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya
ii)Suka mendengar masalah teman2
iii)Setia dlm persahabatan
8. Suka letakkan tangan atas meja
i)Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri
ii)Seorang yg Peramah
iii)Suka bergantung pada orang lain
9. Menggosok 2 telapak tangan
i)Ramah dan berfikiran matang
ii)Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit2
iii)Mudah memahami perasaan org lain dan suka membantu
10. Memutar cincin
i)sangat menepati janji
ii)berhati2 dlm tutur kata
iii)gemar hidup yang teratur
Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua melayu lama untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.
Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.
2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paipke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh
4. Taman Semerbak
Mewangi Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.
5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.
6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jimak setelah berkahwin nanti.
8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.