~ RAKAN~

Ahad, 25 Julai 2010

Popcorn Kaya Antioksidan


Berita gembira bagi penggemar popcorn kerana mengikut kajian  dari Amerika mendapati popcorn mengandungi polyphenols, sejenis antioksida setara buah-buahan dan sayur-sayuran. Polyphenols yang memiliki efek antioksidan sehingga sepuluh kali ganda seperti vitamin C dan vitamin D, dapat menyingkirkan radikal bebas dari dalam tubuh yang berpontensi menyebabkan kerosakan sel dan jaringan tubuh.

Soda Bikabonat Rawat Buah Pinggang


Soda bikabonat bukan sekadar bahan untuk membuat kuih tetapi soda birkabonat juga dapat dimanfaatkan untuk mengurangkan kesakitan yang dialami oleh penderita sakit buah pinggang.Para penyelidik dari England mendapati soda bikabonat dapat melambatkan kemunduran fungsi ginjal pada bahagian penderita secara drastik.134 pesakit buah pinggang kronik yang mengamalkan pengambilan soda bikabonat didalam bentuk tablet setiap hari selama satu tahun mengalami kegagalan fungsi ginjal yang lebih rendah berbanding pesakit yang tidak mengambil soda bikabonat.

Limau Bali Cuci Darah


Limau bali mengandungi zat aktif yang dapat membersihkan sel darah merah yang telah tua dalam tubuh manusia. Zat aktif ini dipercayai dapat menormalkan hematokrit atau mengekalkan peratus sel darah.Keupayaan limau bali mencci darah mengekalkan pertus darah merah mampu mencegah anemia sedangkan jumlah yang tinggi memicu serangan jantung kerana darah mengental.

Mandi Air Pancuran Cantikan Kulit


Selain dapat menjimatkan air,Penggunaan air pancuran sewaktu mandi juga boleh mencantikan kulit. Macamana ini terjadi???ok,ini terjadi apabila kita menggunakan banyak air kita akan memperolehi banyak ion -ve yang banyak manfaatnya kepada kulit. Melalui semburan air pancut itu tadi ion +ve dan ion -ve akan terpisah. Ion -ve akan melayang ke udara dan membuatkan kita lebih segar dan nyaman. Ion -ve akan meninggkat 10 kali ganda menerusi penggunaan air pancuran selama 5 minit.Penggunaan air pancuran juga dapat memberikan urutan pada wajah sehingga wajah dapat bernafas lebih baik.

Penafasan Berkualiti Buang Racun

ok..nak kongsi info dengan blogger semua bahawa bernafas dapat membuang hampir 70% racun yang terdapat di dalam tubuh manusia manakala pernafasan berkualiti dapat menghilangkan racun sepenuhnya.
       Oleh itu tarik nafas dalam-dalam melalui perut. Bernafas dalam dapat membantu merehatkan tubuh,mengurangkan stres dan mengisi sel-sel tubuh dengan oksigen yang mencukupi.
        Bagi mendapatkan hasil efektif,bersandar pada kerusi dalam keadaan tegak.Letakkan tanggan diatas peha,kendurkan perut dan tarik nafas dalam-dalam. Hiruplah udara sehingga diafragma benar-benar menurun. Perut akan berkontraksi ketika anda mengeluarkan nafas.Ia juga efektif bagi mententeramkan hati ketika dilanda stres atau kecewa.

Pendek bukan keturunan


huhu panas betul n3 nie tapi tak berapa panaslah, maaf bagi yang terase tapi saya tak rasa bersalah pun..huhu! tapi yang faktanya pendek atau tingginya seseorang individu itu bukan ditentukan oleh keturunan jangan nak pandai-pandai salahkan keturunan kalau anda pendek kerana ini semua bergantung kepada Gizi yang masuk kedalam tubuh sewaktu proses pembesaran (waktu kecik-kecik nie)   
Pakar tulang halimunan menjelaskan gizi yang tepat dan seimbang seperti dapat mengimbangkan komposisi tenaga,vitamin dan mineral pada makanan dapat memastikan anak membesar dengan tinggi dan berat yang ideal. 

Selain dari gizi makanan anak perlu didedahkan kepada aktiviti olahraga yang boleh merangsang tulang untuk menyerap kalsium dengan lebih baik seperti bola keranjang. kerana ini membantu anak menjadi tinggi kerana terdapat pergerakan seperti lari,lompat dan lempar yang membantu proses penyerapan kalsium dalam tulang yang lebih maksimum disamping memperbaiki koordinasi mata dan anak.