~ RAKAN~

Rabu, 9 Mac 2016

Hilang & kecutkan jerawat dalam masa 7 hari

Masalah jerawat ni memang menjengkelkan. Geram je tengok. Bila nampak dekat cermin rasa nak picit-picit je sampai keluar darah. Kadang rasa malu pulak bila tunbuh jerawat. Ialah orang kata tak pandai jaga muka,malas cuci mukalah.

Padahal puas dah tepek macam-macam dekat muka. Bukan makin elok,tapi bertambah teruk!!

Kenapa???

Ini disebabkan sistem imun badan yang lemah. Jadi amalkan pengambilan Vitamin C pada dose yang badan anda perlukan. Hasilnya jerawat anda cepat kecut.

Ramai yang silap konsep, bila muka berjerawat macam2 lah duduk tepek atas atas muka..bukan makin elok..tapi makin radang kulit tu..

Hubungi saya untuk dapatkan tips jerawat kecut & hilang dalam tempoh 7 hari sahaja. Hanya dengan mengambil dose vitamin C yang diperlukan oleh badan anda.

AIN
0122932435

Bersihkan barang kemas dengan Basic H


Bersihkan Barang Kemas dengan mudah

saya share tips mudah tentang salah satu kegunaan Basic H iaitu untuk bersihkan barang2 kemas.

larutkan beberapa titis basic H dalam bekas kecil kemudian rendalm semalaman.

esoknya angkat dan keringka  anda akan dapati barang2 kemas yg telah dibersihkan menjadi lebih cantik dan berkilau.

tak rugi simpan Basic H sebab banyak sangat kegunaannya.
Dapatkan segera pencuci Non Toxic terbaik dunia

Boleh dapatkan Basic H dengan saya.
Cuma whatsapp sahaja.

AIN
0122932435

Khamis, 27 Ogos 2015

Halusnya kulit Mu..

Teruja baca tajuk kat atas tu kn!!.siapa lah yang taknak kulit cantik halus macam kulit baby..kalo nak mesti ada skru yg tak ketat kat mana2..

Saya nie memang ada masalah kulit yg sensitif,berjerawat, kulit kusam,kulit kering...haishh..orang kata kalau tengok kulit muka memang orang kata tua dari umur sebenar..Sedeykan ��������

Alhamdulillah sejak comsume 3 item nie,banyak yang perasan kulit makin cerah,jerawat pun payah nak naik..walaupun kulit kengkadang kering dan tak sehalus bayi, saya tetap berasa puas hati..

Carotomax shaklee

Sayangi mata anda! Bagi mereka yang ada masalah rabun boleh makan 1 biji sehari inshaAllah akan berkurangan.

Bagi yang ada masalah power speck mata naik tiap-tiap tahun..memang korang wajib cuba...

1 biji carotomax  bersamaan dengan 714biji buah aprikot. Yang mana fungsi utama dia adalah menjaga kesihatab mata.

Mata nak guna lamakan..kalau pandangan dah kabur muda-muda nie..tua nanti macam mana?? Tambahan pula anda bukan jenis yg nak pakai speck mata...lagi haruu~~~~~

Berminat boleh dapatkan dengan saya.
(Whatsapp|sms only)
0122932435

Rabu, 26 Ogos 2015

SET BERSALIN SHAKLEE

Awak masih lagi survey set berpantang ker?? Selalu dengar orang share pasal set pantang shaklee..bagus ke tak bagus produk nie

Alhamdulillah saya pun bermula makan supplement shaklee dengan set pantang.Tapi saya tetap consume sampai sekarang. Dari pantang,menyusu,Hamil Dan berpantang semula.. 2nd baby

Jimatla sangatttt..untuk.pengetahuan uolls..masa 1st baby dulu saya dah beli set berjalin jenam A..tp sebab baby kuning doktor x bg makan..disebabkan bersalin anak 1st cucuk epirural sakit dia sampai 1 tahun lepas bersalin..memang tak tahan...perlukan sesuatu,rasa macam orang hilang upaya..

Ialah sebelum bersalin punyalah aktif,ini lepas bersalin nak luruskan badan pun sakit. Pengorbanan seorang ibu sungguh..

Mula2 saya minum air akar kayu dari set bersalin yg saya beli, badan saya pun dah rasa best! Tp yang tak best kuning anak saya naik balik..haiiii...susah hati..

Doktor suruh berenti..nanti kuning anak lagi naik tinggo.so bincang punya bincang doktor suruh makan supplement..hasil pencarian di internet..banyak testimoni shaklee

Taraaaaa~~~~~

Disitu lah mulanya kisah set pantang shaklee,yang mana i olls boleh kongsi dengan awak2 semua fungsi setiap vitamin yg ada dalam set pantang


Vitalea

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Multivitamin dengan iron formula
Penting untuk pembinaan sel darah yang hilang semasa bersalin
Pelengkap nutrisi kerana limitation pilihan makanan semasa. Berpantang.

B complex
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
*Anti stress dan penenang
*Elak kemurungan dan meroyan.
*Stabilkan hormon

Vitamin C
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
*Cepatkan proses penyembuhan luka.
*membaiki sel tisu yang rosak akibat bersalin.
*Sumber kolagen untuk kulit

Zink
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
*Bantu cepatkan penyembuhan luka dalaman (Rahim).
*Mengurangkan keguguran rambut
*Pengganti ikan haruan yg sukar didapati

Esp
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Sumber protien soya yang sangat membantu ibu-ibu menyusu sambil membekalkan tenaga dan mengekalkan kesihatan ibu dan bayi.

Ostematrix
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
*Sumber kalsium & magnesium
*Bantu tidur yang berkualiti
*Kurangkan sakit dan lengguh badan
*Melawaskan.

Omegaguard
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
*Anti radang ( Elak bengkak urat)
*Anti kemurungan
*Bantu panaskan badan & Bakar lemak.

Korang tau ke Idok sekarang nie shaklee buat promosi YES set.dalam nie ada set sebelum & selepas bersalin..yg mana akan dapat less 5% bagi setiap set!

Lagi2..korang akan dapat jadi ahli secara percuma beserta free vitalea..

Syok kn.. Pejam mata beli supplement nie, sbb boleh guna masa pantang,menyusu,hamil dan pantang semula...


Yiihuuuu..

Boleh beli dengan saya..

Belian adalah secara cash,bayaran boleh dibuat di Maybank &Cimb.


cash on Delivery hanya dalam kawasan kajang & cheras


(SMS|Whatsapp only)

0122932435

Rabu, 17 Disember 2014

ANAEMIA KETIKA HAMIL

Anaemia merupakan keadaan dima berlakunya kekurangan hemoglobin didalam sel darah merah.
Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan keseluruh badan. oleh itu apabila ibu hamil mengalami anaemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia ( kurang kandungan oksigen)kurang tenaga.

BAGAIMAN ANAEMIA DIKESAN

Anaemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang dari 11gm/dl

KESAN-KESAN ANAEMIA KEPADA IBU DAN BAYI.

IBU :-

  • Keguguran.
  • Tumpah Darah semasa dan Selepas bersalin
  • Kematian
BAYI :-
  • Tumbesaran dan perkembangan bayi terbantut.
  • Kelahiran bayi kurang berat badan.
  • kelahiran tidak cukup bulan.
  • bayi meninggal dalam kandungan.

CARA UNTUK MENGATASI MASALAH ANAEMIA SEMASA HAMIL.
 

1. Tambah darah dengan pil Hematinik. 
      - Pil Hematinik terdiri drpd 4 jenis pil iaitu :
  • Pil Zat Besi (Ferrous fumarate)
  • Pil asid folic
  • Pil Vitamin C
  • Pil Vitamin B Kompleks (B Co)

kenapa Pil Hematinik sangat penting??
- Kerana kandungan zat besi, B kompleks dan asid folic diperlukan untuk pembentukkan sel darah merah.
-Pil Vitamin C diperlukan untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

Fakta Penting.
  • Pil hematinik membantu anda pulih dengan cepat dan janin membesar dengan sihat. ia tidak menyebabkan saiz bayi besar. saiz bayi normal adalah diantara 2.5 - 4.0kg
  • makan pil hematinik bersama jus buah atau air kosong untuk penyerapan yang optimum.
  • elakkan makan pil hematinik bersama kopi,teh,minuman bergas,bercokltat dan susu. minuman ini mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi.

Kesan sampingan pil hematinik.
~ sesetengah ibu hamil mengalami kesan seperti sembelit, rasa loya dan pening. walaubagaimanapun kesan sampingan ini sementara sahaja.


2. Tambah Darah Dengan Makanan Kaya Zat Besi.
  • Sumber makanan terbaik adalah terdiri dari sumber haiwan seperti daging, ayam,kerang,ikan, sotong dan ikan bilis.
  • Sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, kangkung,bayam dan kailan.
  • untuk mengatasi masalah anaemia anda perlu makan sekurang-kurangnya 1 jenis makanan dari sumber  haiwan yang kaya dengan zat besi.
  • pengambilan makanan sunnah seperti Delima dan kurma amat-amat disarankan.

Fakta Penting jika anda seorang Vegetarian, anda perlu mengambil makanan dari kombinasi beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau, kacang soya, kacang Dhal bersama makanan dan minuman tinggi Vitamin C. Disamping meningkatkan lagi pengambilan sayur-sayuran hijau, anda perlu mengambil pil Hematinik mengikut arahan.


Apa-apa pun banyak cara sebenarnya untuk kita mengatasi masalah kekurangan darah merah itu sendiri. bagi saya yang memang dah mengambil supplement shaklee dari lepas kehamilan anak pertama dan continue hingga kehari ini, saya hanya mengambil 3 jenis vitamin ini iaitu Bcomplex yg memang dah siap sedia dengan vitamin Bcomplex, Vitalea iron Fomula @ zat besi yang memang kandungannya lengkap dengan 23 Jenis vitamin dari A- Z. Vitamin C yang jenis sustained release maksudnya (vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan bila melalui bahagian yang memerlukan)



pengalam saya untuk kandungan anak pertama pada usia kandungan 3 bulan saya dah kena checkup 2x seminggu sebab Hb bawah dari 11gm/dl. macam2 pil saya makan untuk naikan paras Hb saya tapi still maintain pada paras 10.7gm/dl..Alhamdulillah sepanjang kandungan tiada masalah.

Selepas melahirkan anak yg pertama, saya buat keputusan untuk ambil supplement shaklee dan masih terus hingga hamil anak yang kedua. bacaan paras Hb saya Alhamdulillah 14gm/dl paling drop pun 11.8gm/dl....

Apa-apa pun saya doakan yang terbaik untuk puan semua sepanjang kehamilan dan melahirkan anak nanti..yang terbaik untuk kesihatan puan dan bayi yang dikandungkan itu.

Terima kasih kerana sudi menjenggah dan membaca info dari blog saya NUR IS CAHAYA. segala info dan sumber saya ambil dari Buku Kecil Panduan & Pemakanan Ibu Hamil Anaemia

Selamat Datang ke Alam Kehamilan

Saat mengetahui puan hamil memang merupakan saat yang menggembirakan bagi isteri,suami dan keluarga. terutamanya bila pertama kali merasai pengalaman. malah perasaan teruja semestinya ada biarpun sudah berpengalaman...

walaubagaimana pun setiap pengalaman wanita yang hamil tidak sama,malah setiap kehamilan berbeza, maksudnya pengalaman anak pertama,kedua dan ketiga sememangnya tidak sama.

Ibu hamil akan melihat beberapa perubahan fizikal pada diri mereka semasa hamil. jangan risau sebab perubahan ini hanya sementara dan tidak berbahaya. ianya akan hilang selepas anda bersalin.

berikut adalah perubahan fizikal biasa yang dialami.

  1.  warna yang gelap pada putting payudara
  2. Tona kulit yang semakin gelap dikawasan leher,ketiak, kelengkang
  3. jerawat-jerawat halus di kawasan muka.
  4. kegatalan pada kaki dan tangan.

Gangguan ringan semasa Hamil.

Kebiasaanya ibu-ibu hamil akan mengalami pelbagai ketidak selesaan. memang agak merisaukan tetapi ini adalah perkara biasa. ketidakselesaan ini disebabkan dari pada Hormon atau badan yang mengalami tekanan yang lebih biasa semasa hamil.

berikut antara Gangguan yang dialami.

  1. Gusi Berdarah
  • Gusi ibu hamil menjadi lebih lembut dan mudah cedera. Gusi mungkin membengkak menyebabkan plak berkumpul pada dasar gigi. Ini akan menyebabkan penyakit gusi dan pereputan gigi. memang tidak dapat dinafikan kebanyakan ibu hamil mengalami troma semasa memberus gigi.
  • perkara yang perlu dilakukan - berus gigi dan kumur-kumur dengan sempurna selepas makan.
  • berjumpa dengan doktor gigi. free je sepanjang kehamilan :)

    2. Sembelit
  • Hormon kehamilan progesterone mengendurkan otot usus. oleh itu pergerakan usus ibu hamil diperlahankan. Menyebabkan ibu hamil lebih berkemungkinan mengalami sembelit
  • antara simptom yang dialami ialah pembuangan air besar yang keras dan kering. kurang kerap dari biasa.
  • Apa yang perlu dilakukan ialah makan makanan yang berserat tinggi dan minum air dengan banyak.
  • ambil zat besi tambahan selepas makan dan minum air dengan banyak.
  • jumpa Doktor jika masalah berterusan dan elakkan dari mengambil julap.
  • tindakan awal boleh mengelakkan ibu hamil dari mengalami masalah buasir.

  3.  Kekejangan - Berpunca dari kekurangan Kalsium.
  • kontraksi otot yang menyakitkan biasanya terjadi pada anak betis dan kaki, kebiasaanya berlaku pada waktu malam dan biasanya bermula apabila ibu hamil merengangkan kaki dengan jari kaki menghala kebawah.
  • Apa yang perlu dilakukan ialah urut anak betis yang kejang
  • selepas hilang sakit berjalan seketika bagi menggalakkan peredaran darah.
  • jumpa doktor kerana mungkin anda memerlukan vitamin tambahan seperti kalsium dan Vitamin D

 4. Berasa Pitam - Tekanan Ibu hamil lebih rendah semasa Hamil dan menyebabkan lebih 
     berkemungkinan berasa pitam.
  • Jika ibu hamil merasai pening dan tidak stabil. anda perlu duduk atau berbaring.
  • apa yang perlu dilakukan ialah cuba untuk tidak berdiri terlalu lama.
  • jika berasa pitam, duduk dan letakkan kepala diantara lutut sehingga anda berasa lebih baik.
  • jika sedang baring melentang,mengiring dahulu dan cuba bangun perlahan-lahan.

  5. Kerap membuang air kecil. - Rahim menekan pundi kencing. keadaan ini akan ok bila               berada di pertengahan kehamilan.
  • Kebiasaanya kerap membuang air kecil.
  • jika sering ke tandas tengah malam untuk membuang air kecil, kurangkan minum air sebelum tidur.
  • Jumpa doktor jika anda rasa sakit kerana mungkin mengalami jangkitan.

   6. Loya dan Muntah
  • Biasanya tanda awal kehamilan dan berlaku bila-bila masa sahaja. tidak sama bagi tiap-tiap individu.
  • keadaan akan bertambah teruk jika ibu hamil keletihan.
  • biasanya akan hilang pada usia kandungan 12 minggu dan adakalanya akan kembali semua (Tidak sama bg tiap-tiap individu)
  • selalunya berasa loya jika terbau makanan,asap rokok dan bau yang kurang enak.
  • Apa yang perlu dilakukan, cuba makan sesuatu untuk menmgelakkan dari muntah.
  • untuk meredakan muntah cuba makan biskut, roto bakar atau buah-buahan.
  • Biskut Halia @ Air Halia dapat membantu.
  • Elakkan dari makan makanan dan bau yang membuat anda loya.
  • makan dengan sedikit tetapi kerap.

  7. Berpeluh - Disebabkan perubahan hormon dan pengaliran darah ke kulit yang bertambah         sepanjang kehamilan.
  • Berpeluh selepas melakukan sesuatu dan terjaga pada waktu malam dalam keadaan panas dan berpeluh.
  • pakai pakaian longgar.
  • minum air dengan banyak.
  • buka tingkap @ air cone.

 8.  Kesan Rengangan
  • berlaku apabila kulit merengan melebihi kekenyalan yang biasa. pertambahan berat badan yang berlebihan merupakan punca. kesan ini jarang hilang tetapi semakin pudar dan jalur semakin menipis.
  • tanda merah yang muncul dikawasan kulit perut,peha,punggung dan payudara semasa kehamilan.
  • apa yang perlu dilakukan elakkan pertambahan berat badan yang mendadak.
  • sapu krim pelembat mugkin melega dan menyejukan tetapi tidak dapat mengelak atau memulihkan kesan rengangan.

9. Keletihan 
  • Disebabkan kehamila yang membebankan dan adakalanya juga disebabkan kerisauan.
  • berasa penat dan sering tidur terutamanya pada siang hari.
  • apa yang perlu dilakukan ialah berehat sebanyak mungkin dan buat sedikit senaman untuk lebih releks.
  • tidur lebih awal
  • jangan melakukan kerja terlalu keras.

10.  Pedih ulu hati. - injap pada pintu masuk ke perut kendur semasa kehamilan disebabkan            perubahan hormon. oleh itu asid mengalir semula ke saluran perut.
  • Rasa sakit yang kuat pada bahagian tengah dada.
  • Elakkan makan yg pedas dan bergoreng.
  • minum susu panas pada waktu malam dan tidur dalam keadaan kepala tinggi.

11. Vena Verikos.
  • kemungkinan mengalami masalah ini pada kehamilan yang lewat sekiranya berat badan berlebihan dan mewarisinya dari pada keluarga. masalah bertambah teruk jika anda berdiri terlalu lama dan duduk dalam keadaan bersilang kaki.
  • akibatnya kaki yang sakit, vena pada bahagian betis dan peha akan membengkak.
  • apa yang perlu dilakukan berehat dalam keadaan duduk dengan keadaan kaki keatas.
  • Guna sekurang-kurangnya 2 biji natal untuk meninggikan kaki.
  • Guna bantal kecil untuk menyokong belakang.
  • semasa baring tinggikan kaki gunakan 2 biji bantal 
  • lakukan senaman kaki.
 12. Lelehan Faraj
  • Anda mungkin perasaan peningkatan mucus yang dihasilkan oleh faraj disebabkan hormon kehamilan.
  • lelehan faraj yg jernih dan putih meningkat sedikit tetapi tidak menyakitkan.
  • Elakkn dr semburan pewangi atau sabun yang berpewangi.
  • pakai pantie liner.
  • Jumpa doktor jika gatal dan sakit @ lelahan yg keluar berwarna dan berbau.
 13. Buasir
  • Tekanan kepala bayi menyebabkan vena disekeliling membengkak. keadaan semakin teruk jika memaksa diri membuang air besar.
  • Berasa gatal,sakit dan pendarahan semalasa membuang air besar.
  • Apa yang perlu dilakukan ialah elak dari sembelit
  • jangan berdiri terlalu lama.
  • jumpa doktor.
  • Buasir yang tidak serius akan hilang selepas bayi dilahirkan.

Segala info yang dikongsikan diambil oleh saya dari buku rekod kesihatan ibu yang berwarna pink.
segala info yang dikongsi harap berguna dan dapat membantu. pengalaman kehamilan memang memenatkan,mengembirakan dan penuh dengan macam-macam emosi. saya doakan semua ibu-ibu selamat dan sihat semasa proses hamil dan melahirkan.

banyakkan berdoa dan mohon yang terbaik sepanjang proses ini. ibu-ibu juga perlu memastikan kesihatan sentiasa utama dengan menjaga kesihatan dan permakanan.

Salam sayang dan terima kasih kerana sudi menjengah blog Nur is Cahaya.


Rabu, 27 Ogos 2014

HORMON, ENZIM DAN OBESITI

JOm baca artikel ni dari artikel kesihatan di utusan online:


Hormon, enzim lancarkan tubuh

PENEMUAN saintis menunjukkan hubungkait hormon dan obesiti.

PUAN Aliza berjumpa saya kerana anaknya mengalami obesiti. Anak gadisnya yang berusia 18 tahun mempunyai berat badan hampir 100kg. Menurut Puan Aliza anak gadisnya yang bernama Sara sukar menurunkan berat badan meskipun mencuba berkali kali. Sara merupakan anak sulung yang bakal menjejakkan kaki ke menara gading tidak lama lagi. Dia berasa tertekan dengan keadaan itu dan mahukan satu penjelasan mengapa berat badannya tidak turun meskipun telah berusaha keras mengurangkan makan dan berdiet. Wajah nya bulat dan lemak menggeleber di bawah dagu. Bahagian belakang tubuhnya juga berlemak dan lengan nya menjadi terlalu besar. Ini membuatkan anak gadis itu berasa kurang yakin dengan penampilan dirinya. Pakaiannya setiap hari adalah baju T besaiz besar dan jeans lusuh. Sebagai gadis remaja dia ingin berbaju cantik namun apakan daya penyakit obesiti yang menyerang membuat dia tidak dapat menikmati zaman remaja dengan maksimum.
Puan Aliza mengajak Sara berjogging bagi menguruskan badan namun Sara berasa terlalu letih. Setiap langkah terasa berat dan sukar sehinggakan akhirnya Sara membuat keputusan untuk berhenti bersenam. Anehnya apabila dia berehat dia tidak merasa hilang keletihan itu. Akibatnya Sara gemar berbaring sahaja sambil membaca atau menonton televisyen.Apabila Puan Aliza cuba berbincang, Sara enggan mengulas lanjut lagi tentang masalah obesiti. Dia seakan akan sudah putus asa. Dia mula berubah menjadi murung dan sensitif dengan kritikan serta teguran terhadap tubuh badannya.
Pada suatu hari Puan Aliza ternampak Sara menjamah makanan pada tengah malam. Sara memberi alasan bahawa dia tersangat lapar. Dia tidak dapat membendung rasa lapar. Apabila makan dia berasa bertenaga dan kenyang hanya selama beberapa jam. Selepas itu keinginan untuk makan muncul semula dan dia sukar menahannya.Dalam rawatan obesiti, simptom simptom sebegini adalah fenomena yang melanda mereka yang mempunyai kadar metabolik rendah
Mereka yang bermetabolik rendah bukan sahaja gemuk malah berubah wajah menjadi tidak cantik disebabkan oleh kehadiran air yang banyak di bawah kulit. Air ini merupakan sejenis bahan berlendir dan berlemak juga. Ia hadir di bawah kulit membuatkan kulit tampak sembap dan tidak bercahaya. Wajah tampak kasar dan lebar membuatkan mereka hilang kecantikan yang dimiliki. Oleh kerana simpanan air yang banyak mereka ini kurang minum air. Mereka juga tidak selesa dalam cuaca panas dan tidak tahan cuaca terlalu sejuk juga. Tubuh mereka sukar mengadaptasi perubahan cuaca.Wajah seseorang yang obes hampir sama bentuknya. Ini di sebabkan faktor hormon yang mengumpulkan lelemak pada pipi dan leher. Hal ini membuatkan mereka kehilangan bentuk wajah asal dan kelihatan hampir serupa. Apabila kurus semula barulah mereka mendapat kembali kecantikan wajah yang hilang akibat lemak itu.
Rawatan meningkatkan metabolisme memerlukan komitmen yang tinggi.Langkah pertama adalah mengubah persepsi dan kefahaman terhadap pemakanan. Apabila pelanggan faham maka mereka tidak membenci makanan sebaliknya hati mereka menjadi tenang kerana masalah sebenar bukanlah di sebabkan pemakanan. Masalah sebenar adalah mereka tidak mempunyai hormon dan enzim yang mencukupi bagi menukarkan makanan kepada tenaga. Kerana itulah mereka keletihan dan tubuh menjadi lemah. Apabila seseorang makan dan minum, makanan itu akan di tukarkan kepada tenaga kepada empat bahagian tubuh iaitu otot, otak hati dan sel lemak. Makanan tiba pada sel otot bertukar kepada tenaga yang membolehkan pergerakan dan aktiviti fizikal tubuh kita. Apabila tiba ke otak pula ia bertukar kepada tenaga menghasilkan neurotransmitter bagi otak kita. Begitu juga apabila ia tiba pada hati. Di hati pelbagai proses penghasilan protein berlaku. Hati dianggap sebagai kilang menghasilkan protein yang diperlukan oleh tubuh kita. Makanan juga akan tiba ke lemak tubuh dan bergabung membentuk simpanan lemak yang digunakan kembali semasa tubuh kita memerlukannyaMasalah obesiti terjadi kerana proses penggunaan tenaga terganggu. Sebaliknya semua makanan yang dimakan hanya menjadi lemak dalam tubuh sahaja.Dengan terapi enzim dan hormon proses metabolik akan berjalan lancar semulaDengan itu golongan yang bermasalah akan dapat menurunkan berat badan dengan mudah.


SUMBER DARI BLOG MAMA FAIZ

Selasa, 19 Ogos 2014

6 TEKNIK MENENANGKAN BAYI MENANGIS

Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk cuba menenangkan bayi yang menangis. Tidak semuanya berkesan untuk semua bayi, jadi anda perlu memahami bayi anda sedikit demi sedikit untuk mengetahui apa yang sesuai baginya dan bagi anda.



1. Bedungkan dia dan peluk dengan kuat
Bayi baru lahir menunjukkan kegemaran untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan samada dia suka dibedung. Ramai ibu dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibu bapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan. Sesetengah bayi yang lain pula mungkin merasa bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan.

2. Dapatkan ritma yang sekata
Dalam rahim, bayi anda boleh mendengar denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun, bunyi-bunyi lain yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian. Ramai ibu bapa mendapati yang bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh yang teratur atau bunyi bercorak ‘hingar putih’ yang dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut, yang dapat membuatkan mereka tertidur. (Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain pada bila-bila masa sekalipun. Sebaliknya, letakkan dia di atas lantai berdekatan dengan mesin tersebut.)

3. Buai-buaikan bayi
Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan-lahan, dan anda mungkin dapati bahawa bayi anda boleh ditenangkan dengan cara ini, iaitu samada dengan mendodoinya sambil berjalan atau meletakkannya di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang. Buaian bayi yang khas atau kain gendong tradisional boleh menenangkan sesetengah bayi, manakala sesetengah yang lain pula lebih selesa jika bergerak dengan laju dan terus tertidur apabila dibawa berjalan dalam kereta.

4. Cuba kaedah urutan
Mengurut bayi atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkannya. Jika anda nampak dia seperti dalam kesakitan akibat angin, cuba susukan dia dalam posisi tegak dan tepuk belakangnya dengan lembut selepas penyusuan dengan menyandarkannya di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadang-kala rasa selesa jika perut mereka digosok, dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya telah mencuba membantu bayi yang cemas.

5. Biarkan dia menghisap sesuatu
Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan memberi ketenangan. “Hisapan penyelesa” boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang.

6. Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap diri anda
Bayi yang menangis tidak berhenti-henti tidak akan memudaratkan dirinya dalam jangka masa panjang, tetapi mungkin menyebabkan banyak stres dan kebimbangan bagi ibu bapanya. Jika bayi anda kelihatan tidak gembira dan menolak sebarang usaha anda untuk menceriakan atau menenangkannya, ini mungkin membuatkan anda rasa kecewa. Ibu bapa sering menyalahkan diri sendiri. Mereka merasakan bahawa ketidakcekapan mereka sebagai ibu bapalah yang menyebabkan bayi mereka menangis. Tetapi ini bukan hakikatnya.

Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segala-galanya untuk menenangkannya tetapi tiada yang berhasil, sudah tiba masanya bagi anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak rasa tertewas. Di sini diberikan beberapa cadangan:

1- Tarik nafas panjang.

2-Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda.

3-Jika membantu, mainkan muzik yang nyaman dan relakskan diri sendiri untuk 10 minit.

4-Panggil kawan atau saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda untuk sekejap.

5-Cari kumpulan sokongan atau kumpulan ibu-dan-bayi di mana anda boleh berkongsi perasaan anda dan berbincang dengan ibu bapa baru yang lain tentang cara untuk menangani tangisan bayi. Direktori A-Z kami mungkin mempunyai sumber yang boleh membantu anda.

6-Ingatkan diri anda bahawa bayi anda tiada mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Kadangkala cuma dengan menerima kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis akan membantu, sebab anda tidak akan membuat diri anda letih dengan mencari-cari sebab-sebab tangisan itu, menyalahkan diri anda, atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan.

7-Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu.


Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat. Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir yang banyak menangis adalah tugas yang lebih berat lagi. Dapatkan bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan tunggu sampai masalah itu menjadi teruk. Dan bertenanglah dengan mengingatkan bahawa setiap hari, apabila bayi semakin membesar, dia akan mempelajari cara-cara baru untuk mengkomunikasikan keperluan dia kepada anda. Secara perlahan-lahan, apabila dia mula berbuat demikian, tangisan itu akan berhenti.


- See more at: http://www.mypermatahati.com/blog/6-teknik-menenangkan-bayi-menangis/#sthash.GnHZyfS8.dpuf

22 TIPS PANTAS MENDIDIK ANAK

Untuk ibu-bapa yang sentiasa sibuk. Ini bacaan pantas untuk anda di dalam mendidik anak. Semoga ianya bermanfaat..




1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah yang menuntut anda untuk memilih sama ada kerja atau keluarga, pilihlah keluarga.

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


- See more at: http://www.mypermatahati.com/blog/22-tips-pantas-mendidik-anak/#sthash.wg9SEtqN.dpuf

TIPS PEMBESARAN KANAK_KANAK

Tujuh tahun pertama adalah tempoh paling penting dalam perkembangan seseorang kanak-kanak. Otak kanak-kanak umpama span yang menyerap apa saja yang tersaji di sekeliling mereka sama ada baik atau buruk. Inilah sebabnya pakar perubatan, pendidikan dan ilmuwan menyarankan ibu bapa supaya memberi perhatian khusus terutama dalam mendidik anak kerana pada usia begini, anak masih belum dapat membezakan antara yang baik dengan buruk.



Memang semua ibu bapa mengimpikan mempunyai anak yang cerdik, tetapi tidak ramai yang mampu menghantar anak ke prasekolah berprestij. Namun begitu, ada beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan sendiri untuk membantu merangsang minda anak terutama yang berumur antara tiga hingga lima tahun.

Dalam tempoh ini, kanak-kanak sepatutnya meneroka persekitaran mereka sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan. Ketika inilah kemahiran menyelesaikan masalah dan penggunaan bahasa untuk berunding mula terbentuk dalam otak mereka.

Kanak-kanak juga belajar kaedah mewujudkan koordinasi badan bagi melakukan sesuatu seperti menendang bola, kata jurucakap Akademi Paediatrik Amerika (AAP) dan pakar perkembangan kanak-kanak, Dr Michele Macias.

Antara aktiviti yang dicadangkan ialah:

1. Masa berdua dengan anak

Walaupun inilah masanya anak kita belajar berdikari, mereka tetap mahukan kehadiran anda dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan.

Menurut Dr Macias, meluangkan masa berdua dengan anak sambil berbual dan bertukar idea sebenarnya lebih bermanfaat untuk perkembangan otak si kecil berbanding menghantarnya mengikuti pelbagai aktiviti berbeza.

Masa berdua sangat penting kerana inilah saatnya anda boleh mengajarnya pelbagai kemahiran asas terutama membabitkan soal agama, budi pekerti dan mengenal peribadinya. Inilah juga masanya untuk anda memberikan teguran pada mana-mana kesalahannya dan memberitahu apa yang sepatutnya dia lakukan tanpa si kecil berasa malu berbanding jika ditegur di depan adik-beradik lain.

Malah, pada ketika inilah juga anda boleh bertanyakan perkara yang disukai atau sebaliknya. Biasanya ketika berdua ini sambil melakukan aktiviti kegemarannya, anak akan lebih mudah untuk berbicara dan meluahkan rasa hatinya.

2. Membaca buku bersama

Membaca buku bukan saja baik untuk merangsang minda anak, malah ia menjadi saat berkualiti untuk benar-benar berhadapan dengan si kecil.

Kajian menunjukkan membaca buku dengan anak prasekolah dapat memperbaiki kemahiran si kecil mengenal huruf. Berbincang mengenai apa yang dibaca dengan anak dapat membantu meningkatkan pemahaman dan penguasaan bahasanya.

3. Bermain olok-olok
Ini permainan yang amat digemari kanak-kanak di seluruh dunia. Kanak-kanak prasekolah berumur tiga hingga lima tahun mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Ketika inilah mereka mula bermain dan berpura-pura menjadi guru, ibu, doktor, puteri, watak adi wira atau seumpamanya.

Selain menyeronokkan, permainan imaginasi atau olok-olok ini memberi peluang kepada si kecil mengenali peranan satu-satu watak yang dipilihnya. Anda boleh merangsang perkembangan minda anak dengan memasukkan satu masalah atau insiden supaya dia berfikir cara untuk menangani perkara berkenaan.

Idea yang dilahirkan mungkin boleh membuatkan anda ketawa tetapi ia sebenarnya bersesuaian dengan pengetahuannya. Pakar berkata bermain olok-olok juga boleh
membantu memperbaiki kemahiran bahasa kerana ia membabitkan pemikiran untuk melahirkan satu-satu perlakuan dengan kata-kata dan mengulang semula apa yang mereka dengar. Kemahiran bersosial juga menjadi lebih baik jika mereka bermain dengan adik-beradik lain.

4. Mempunyai kehidupan sosial

Kanak-kanak sekarang amat akrab dengan teknologi. Tarikan teknologi ini memang hebat sehingga boleh membuatkan kanak-kanak terpaku dan tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Malah, ia juga boleh membuatkan kanak-kanak hilang banyak kemahiran termasuk penguasaan bahasa, bersosial, berkongsi dan bertolak ansur, bahkan mereka tidak pandai menikmati keseronokan bermain
di luar rumah.

Galakkan anak bermain di luar bersama kawan-kawannya kerana ia akan membantu meningkatkan kemahirannya bersosial. Ketika bermain inilah dia belajar untuk berkawan, berkongsi, bertolak ansur, mengawal diri dan berunding – kemahiran yang sangat penting supaya dia boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Menurut Dr Macias, secara umumnya kemahiran bersosial yang lemah secara tidak langsung akan menjejaskan kesihatan, prestasi di sekolah dan peluang mendapatkan pekerjaan.

5. Bermain permainan yang ada peraturan dan menguji minda

Ia akan mengajar kanak-kanak untuk bersabar, menunggu giliran dan mematuhi peraturan. Selain itu kanak-kanak juga akan belajar untuk menerima kekalahan. Mengingati peraturan dikatakan menjadi senaman untuk menguatkan daya ingatan. Permainan fizikal yang juga membantu koordinasi otak dan pergerakan anggota badan.

Mulakan dengan permainan yang mempunyai tiga atau empat peraturan mudah. Pilih permainan yang pendek dan boleh diselesaikan dengan cepat. Permainan menguji minda contohnya teka-teki, silang kata serta menyusun gambar atau warna merangsang minda anak untuk membayangkan jalan penyelesaiannya. Ia juga akan merangsang pergerakan otot jari mereka yang kecil.

6. Belajar bahasa lain

Kajian menunjukkan kanak-kanak lebih cepat menguasai bahasa berbanding orang dewasa. Belajar bahasa kedua atau ketiga ketika kecil juga memberi rangsangan berganda kepada bahagian otak yang berperanan untuk menyimpan, menyusun dan mengucapkan kata-kata. Bahasa kedua juga membantu perkembangan kemahiran lisan, memperbaiki penguasaan perkataan dan membaca.

Menonton televisyen bersama-sama
Ya, pada zaman moden ini kanak-kanak dan televisyen tidak dapat dipisahkan. Namun, pilihlah rancangan bercorak pendidikan yang bersesuaian dengan minatnya. Anda boleh menguji kefahaman anak dengan meminta dia bercerita mengenai apa yang ditontonnya termasuk rancangan kartun. Kehadiran anda membolehkan dia bertanya jika ada perkara yang tidak difahaminya.

Bagaimanapun hadkan masa menonton televisyen kepada satu atau dua jam saja setiap hari. Lebih baik jika tempoh ini turut merangkumi masa untuknya bermain permainan komputer.

7. Memasuki kelas kanak-kanak

Ini termasuk kelas mempertahankan diri, muzik, lukisan atau apa saja bersesuaian dengan minat mereka. Ia boleh membantu mereka untuk belajar berinteraksi, bersosial, mendengar dan mematuhi arahan serta memperbaiki keseimbangan badan. Tidak kurang pentingnya, ia juga boleh meningkatkan keyakinan diri si kecil.

8. Aktiviti yang menyeronokkan

Carilah aktiviti menyeronokkan yang tidak terikat dengan peraturan. Ibu bapa juga perlu terbabit secara langsung dalam aktiviti anak. Ketika ini jangan cuba terlalu mengawal mereka kerana kita mahu anak-anak belajar kemahiran bermain dalam kumpulan dan memimpin selain berfikir secara kreatif bagi menjadikan permainan itu lebih menyeronokkan.

- See more at: http://www.mypermatahati.com/blog/8-aktiviti-merangsang-minda-anak-kecil/#sthash.QRJDzb0x.dpuf

ZINK COMPLEX SHAKLEE KHAZANAH KAUM LELAKI

Terbaik utk kesihatan kaum lelaki

Sebotol:120 biji
Sehari telan sebiji
So tahan 4 bulan

Harga sebotol:Rm33.75
Sebiji harga 28 sen sahaja


Mahal ker?


zink complex shaklee khazanah kaum lelaki.

Zink dalam prostat lelaki 10x ganda lebih dari organ lain. Zink memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. defiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat,impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel.

kiraan sperma yang rendah  dan kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang & rambut gugur.... sebab itu zink amat diperlukan oleh kaum lelaki dari usia remaja hingga orang tua.


Berminat untuk mendapatkannya

hubungi saya nurul ain di 012-2932435
Face Book : Nurul Ain (email : nuinmie85@gmail.com)
page : Mama Adam Vitamin Shop



Selasa, 12 Ogos 2014

Alfalfa Shaklee 1001 Kelebihan & kebaikan

Bismillahhirahmanirrahim

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada mereka yang sudi membaca Blog nie....

Hari ni saya dengan senang hati nak kongsi tentang Supplement shaklee yang BEST...iaitu ALFALFA.(Hanya daun yang terbaik sahaja yang dipetik dan dikompres  dan dijadikan tablet Alfalfa). Alfalfa bersifat Alkali tinggi.)

ALFALFA mengandungiVitamin A, C dan E serta Kalsium, Potasium,fosforus & Zat Besi.



Bagi mereka yang beriktiar mendapatkan zuriat, anda boleh iktiar dengan alfalfa, sebab alfalfa memanaskan badan serta mencairkan darah bagus untuk penyuburan. that why anda kan perasan. SET KESUBURAN combination ALFALFA + GLA

Jadi pesakit-pesakit Gout anda memang perlu makan Alfalfa nie sebab sifat alkali yang tinggi memang akan menutralkan asid uric yang berlebihan dalam badan-badan anda.

 Alfalfa juga agalah sebagai Agen NyahToksin @ Detox yang paling porpular. ianya akan mencuci usus bagi membuang toksin yang ada dalam badan. pemakan alfalfa akan perasan yang najis akan berbau busuk lebih dari biasa dan najis akan hitam. haissshh jangan takut sebab kotor-kotor dekat dinding usus sudah disental.

Masalah elergik,resdung, enzema dan juga athma boleh diatasi dengan Alfalfa..punca masalah-masalah ini adalah disebabkan toksin yang banyak dalam badan,

Now nak story mory pasal JAMU VERSI MODEN PULAK...Alfalfa nie memang saya duk seru orang-orang pompuan sebab banyak masalah kaum2 hawa ini dapat diatasi dengan alfalfa. salah satunya masalah keputihan,mereka yang mengalami masalah keputihan akan perasan yang keputihan akan keluar dengan banyak dan akhirnya makin kurang..kurang..kurang..sehingga bebas sudah dari masalah keputihan.

yang mana kes Payu dara dah tak tak anjal, memgalami masalah payudara yang kecil anda akan perasan satu perasaan berdenyut2 di payudara anda..itu adalah simptom2 payu dara sedang membesarkan diri..hahhaha...

bagi ibu-ibu yang lepas bersalin. jangan stress sangat pasal Grip2 nie. Alfalfa juga berfungsi mengetatkan semula vagina. banyak sangat TESTIMONI KATA MACAM MALAM PERTAMA gituuuu..walaupun dan bersalin anak ke3.. pemakan alfalfa akan mengalami masalah sering buang agin melalui miss V.. jangan pelik yer pasal simptom2 itu sbb proses mengetat sedang berlaku. Alfalfa juga bantu ibu selepas bersalin denagn memulihkan urat selepas bersalin dan mengecutkan rahim..

Bagi mereka yang mengahadapi masalah Krem, perut sebu,perut buncit, nafas berbau,badan berbau elok sangat lah cuba rasa perubahan diri dengan Alfalfa.

Nak kuruskan berat badan juga korang boleh ambil alfalfa...sebab alfalf nie akan bersifat fiber. kalwal selera makan dan seelok2nya ambil alfalfa nie masa pagi sebelum sarapan. InshaaAllah selera makan yang macam gajah pun akan dapat dikawal jugak.

Alfalfa Shaklee ada 2 saiz

Saiz (S) 330 Biji RM 53.75
Saiz (L) 700 Biji RM97.50

Pembelian dengan saya layak mendapat diskaun less 20%

NOTED : Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE / alfalfa tidak boleh diambil oleh ibu yang menyusukan anak yang menghidapi penyakit G6PD / Alfalfa hanya boleh diambil setelah anak-anak bebas dari masalah kuning 

Nurul Ain 012-2932435

Segala pertanyaan atau pesanan boleh dibuat terus kepada saya ditalian 
melalui maseg,whatsapp,weechat,telegram.



Isnin, 11 Ogos 2014

#SHAKLEE_EFFECTS & SHAPE UP SHAKLEE

Bismillahhirahmanirrahim

~ Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

hari ni saya nak story Pasal shaklee Effects..

banyak testimoni yang saya akan share. tapi sebelum tu saya nak Kongi saya sendiri sudah berjaya menurunkan berat badan dari 82.5 Kg kepada 60Kg..

jumlah kehilangan secara keseluruhan adalah 22.5 Kg..

Memang tiada yang mustahil sebab ada yang dah berjaya menurunkan berat badan kepada 34Kg..

tapi apa yang perlu kita tahu adalah proses menurunkan berat badan bukan ambil masa yang singkat. seelok-eloknya penurunan dilakukan secara perlahan-lahan tapi konsisten. yang paling penting berat tak naik balik.

Untuk menurunkan berat badan DISPLIN kena KUAT. Lepas tu kena konsisten ambil SUPPLEMENT. Jangan Skip-skip. Ikut aturan cara dan JADUAL yang saya ajarkan nanti.

Sebelum kita memulakan proses Shaklee Effects @ shape Up Plan perkara ASAS yang perlu dibuat adalah MENGIRA NILAI KALORI HARIAN.

Saya perlu tahu TINGGI, BERAT & UMUR sekarang bagi memudahkan saya mengira nilai kalori yang perlu diambil dalam sehari. saya juga akan mencadangkn makanan apa yang perlu anda makan bagi menjayakan proses penurunan berat badan.

atau untuk lebih senang..boleh klik sini untuk mengira nilai kalori SENDIRI..

http://walking.about.com/cs/calories/l/blcalcalc.htm

Exercise  jangan lupa. sebab exercise ini membantu dalam kalori defisit. sebab bila kita bersenam lagi banyak kalori dibakar dan lebih cepat proses penurunan berlaku.

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba SET SHAPE UP SHAKLEE. saya memang cadangkan ambil FULL SET sebab memang membantu Plan Diet Kita.

untuk FULL SET SHAPE UP PLAN ada :

1.CINCH SHAKE

                                   

Ada 3 Perisa (Perisa Coklat, perisa Caffe Latte & Perisa Vanilla)

Cinch Shake diambil sebagai penganti makanan, cara pengambilan 1 scoop sekali pengambilan, dan diambil sebanyak 3x sehari. kerana ini adalah minuman protien yang memberikan rasa kenyang yang lama disamping rendah kalori. Tiada lagi masalah kulit lembik yang mengelebeh setelah mengambil Cinch shake kenara ianya memelihara otot. mengantikan lemak menjadi OTOT. so jangan pelik kalau ambil Cinch shake berat masih sama atau tidak banyak turun :) tapi inci banyak hilang :)




2. CINCH TEA


Dengan mengambil Cinch tea sebagai minuman tambahan. Metabolisma badan akan dapat ditingkatkan 4x ganda. Metabolisma rendah akan lambat lah kalori dibakar. jika ambil CINCH TEA kemudian anda melakukan aktiviti seperti mengemas rumah,mengemop,bersenam atau apa-apa sahaja aktiviti yang mengeluarkan peluh. anda akan perasan peluh yang keluar banyak daripada biasa. Anda juga akan merasakan badan lebih ringan.

ini adalah orang-orang yang sangat saya cadangkan mengambil Cinch Tea.
(mereka yang melakukan kerja-kerja berat, mereka yang berkerja shift,pelajar-pelajar yang berjaga malam, mereka yang ingin menurunkan berat badan, wanita-wanita yang dalam proses berpantang,mereka yang memandu kenderaan)

1sachet  cinch tea boleh dibancuh dengan 300ml air dan boleh diminum panas & juga Sejuk.
sesuai diminum seisi keluarga dan penganti minuman berkefin bagi mereka yang ingin berjaga malam.


3. LICITHIN @ OMEGAGUARD


Licithin dan Omega Guard merupakan Agen pemecah lemah. diambil selepas makan.

Licithin shaklee dikenali semagai PEGEMULSI semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak.
licithin akan melekat pada lemak dan menyebabkan lemak akan terapung-apung dalam darah dan mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. lemak akan diuraikan pada molekul kecil dan akan dibakar.

cara licithin bertindak 



4. ALFALFA & HERB LEX




Kedua - Dua supplement ini adalah agen pembuang TOKSIN dalam badan, Dan tolong angkut lemak dan kolestrol yang telah diuraikan tadi. bila kita DETOKS usus lebih bersih dan  penyerapan supplement akan akan dapat terus diserap untuk tindakan yang lebih effektif.


so semua ini telah dibuat, istiqamah perlu dan tak boleh hangat-hangat tahi ayam. saya akan sentiasa folow up customer bagi memdapatkan hasil.

so saya nak share banyak testimoni SHape Up Plan..mmg Shaklee Effects sesangat..

Bulat kepada lonjong...

Cantik terus Jadi JElita..( Jelita tu cantik 10 kali Ganda)
teruja sangat nak share..JENG..JENG....JENG>>>>>













alhamdulillah..ini testimoni mereka2 yang berjaya CANTIK DAN MENAWAN DENGAN SHAPE UP SHAKLEE


APA2 PUN NAK SHARE TIPS SIKIT....







KEKUATAN MINDA MEMANG PENTING DALAM PROSES MENURUNKAN BERAT BADAN.



HUBUNGI SAYA : 
NURUL AIN  012-2932435
FACE BOOK : NURUL AIN

NOTED :

SETIAP PEMBELIAN LAYAK MENERIMA DIKAUN 20%.

KOS PENGHANTARAN RM10 (SEMENANJUNG / RM20 SABAH SARAWAK)

PEMBELIAN RM 800 KEATAS PENGHANTARAN PERCUMA.

PEMBELIAN RM 650 KETAS LAYAK MENDAFTAR AHLI SECARA PERCUMA.